Wednesday, November 01, 2006

Tak Tahu

tangan abang gatal. ntah mengapa abang rasa nak tulis lagi. tapi abang tak pasti apa yang abang mahu tulis. tangan abang tetap gatal.

umi, buat pengetahuan umi, anak umi, abang, hampir setiap hari makan coklat. sarapan makan coklat. tengahari makan coklat. malam pun makan coklat. coklat sedap.

abi, buat pengetahun abi, anak abi, abang, hampir setiap hari makan keropok. sarapan makan keropok. tengahari makan keropok. malam pun makan keropok. keropok sedap.

di sini, terdapat satu golongan di mana orang islam boleh makan makanan mereka. makanan mereka halal. golongan tersebut adalah golongan herbivor. mereka makan sayur.

makanan di sini semuanya dilabel dengan rapi. segala kandungan dicetak. jika sesuatu makanan itu sesuai untuk vegeterian, terdapat simbol "V".

di tesco, banyak makanan, "V". abang suka pergi tesco. tesco dekat dengan rumah abang. banyak makanan abang beli di tesco. abang beli coklat dan keropok bungkus besar. untuk bekalan seminggu.

walaupun abang banyak makan coklat dan keropok, abang juga beli ikan, sayur, dan buah buahan di tesco.

di rumah, abang masak sendiri. abang masak ikan goreng. telur goreng. nasi goreng. dan macam macam lagi. dapur di sini guna elektrik. sewaktu kali pertama menggunakannya, ia sungguh ganjil buat abang. dapur tersebut tak rumit, tapi ganjil.

tapi abang seorang yang cepat mahir menggunakan sesuatu. sekejap saja abang sudah mahir menggunakan dapur tersebut. kini, sudah bermacam macam lauk abang masak. semuanya abang goreng saja. kemudian makan dengan kicap. kalau abang rajin, abang buat sambalnya.

abang juga beli susu. setiap hari abang minum susu. alhamdulillah, sebab itu mungkin gigi abang kuat. otak abang cerdas.

di universiti, abang makan bekal yang abang bawa. abang selalu bawa satu buah dan satu coklat. walaupun makan buah dan coklat, perut abang sudah kenyang. abang pun pelik. tapi kadang kadang abang beli roti pasir(sandwich). sekarang maghrib awal. maka, abang makan malam pun awal.

abi umi ada bertanyakan tentang duit abang di sini. alhamdulillah masih cukup. abang sudah asing dan bahagikan mengikut keperluan. sewa, api, dan bil lain abang sudah bayar untuk dua bulan.

selama empat minggu abang telah pergi ke universiti dengan bas. hari sabtu lepas, tiket bulanan bas abang tamat. abang sudah tak mahu beli tiket bulanan lagi. setiap hari abang ke universiti jalan kaki. jalan kaki seronok. 20 minit saja.

dulu, abang beli tiket bulanan sebab bulan ramadhan abang selalu pergi central mosque. mahu cepat. tapi sekarang, rasanya tidak perlu. destinasi liputan abang, sekarang dalam lingkuan jalan kaki saja. universiti, city centre, tesco.

justeru itu, abang tak perlu bersenam seperti yang umi mahu abang buat. sebab abang setiap hari jalan kaki ke universiti dan balik. setiap hari berpeluh.

setakat sini saja, terima kaish.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats