Monday, April 07, 2008

Update!

alhamdulillah. semalam mula cuti untuk 2 minggu. cuti easter rasanya. tak pasti. mungkin. easter sudah lepas beberapa minggu lalu. sudah lama tak tulis di sini. umi abi mesti risau. adik adik mesti marah.

alhamdulillah juga, kalau ditanya tentang sihat atau tidak, abang sihat walafiat. harapnya umi, abi dan adik adik juga begitu. :)


Experience Malaysia


semalam ada experience malaysia event di cumbernauld. berdekatan dengan glasgow. event tersebut di buat untuk mempromosikan malaysia kepada masyarakat tempatan di sini. pelbagai masakan malaysia dijamu, beberapa persembahan di persembahkan dan terdapat bermacam macam permainan dan barang barang malaysia seperti congkak, gasing, songket, batik dan lain lain. abang masuk dikir barat. kami berlatih beberapa minggu sudah. tapi ketika mempersembahkannya, abang masih buat beberapa kesilapan. kelakar.





abang yang konon konon menolong membuat pelamin untuk perkahwinan zack (housemate). konon konon kahwin.





percaya atau tidak seluruh dewan ini kosong ketika jam 9 pagi. 8.45 pagi kami keluarkan barang dari van, dan 3 jam dan 9 hingga 12 kami berkerja seperti semut menyiapkan dewan.



dikir barat.



bergambar setelah tamat.


Yatch


yatch projek abang berjalan dengan lancar. walaupun, biasalah berkerja dalam kumpulan banyak masalah yang dihadapi. tapi akhirnya kami dapat menyiapkan rc yatch kami. dan ketiga tiga ahli anggota kumpulan abang dapat pulang berehat balik ke greece.


hari berlumba rc yatch sepatutnya pada hari khamis yang lepas. tapi disebabkan beberapa kumpulan masih tak dapat nak menyiapkan yatch masing masing, jadi tarikh terpaksa ditunda selepas cuti nanti.

kemegahan kumpulan 8.

mast, sail, jib, dan tali untuk mengawal sail dan jib dari dalam yatch.


controlling room. terdapat dua motor. satu untuk mengawal rudder. satu lagi, di mana mempunyai lever panjang, dan terikat dengan tali kawal sail, dan jib.

memang seronok membuatnya. dari design dan construction. tak sabar juga untuk racing. tapi reportnya? dari sekarang sudah kena mula :(

dua minggu cuti ini, terpaksa digunakan sebaik baik nya untuk buat report dan ulangkaji. sikit sikit lama lama jadi bukit. satu hari sehelai, 10 hari 10 helai. satu hari 10 helai, 10 hari 100 helai.

rasa mahu tulis lagi. tapi nak pergi main bola dalam 10 minit lagi. sudah lama tak main. gatal sudah kaki. banyak lagi nak diceritakan. oh, abang juga sudah ada usrah di sini. gembira. walaupun baru dan hanya 6 orang saja, dan tak tentu masa, tapi rasanya yang penting permulaan :)

sekian, lepas ini, abang cuba rajin update ye!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats