Tuesday, November 21, 2006

Payung 5 Hari

hari khamis yang lalu, abang beli sekaki payung. payung tersebut sangat cantik. payung tersebut banyak warna. coraknya sungguh menawan.

namun malang sekali, payung tersebut lembik. payung tersebut lemah terhadap angin yang kuat. abang pakai payung tersebut beberapa kali saja. tapi besi payung tersebut sudah bengkok.

pagi tadi sewaktu abang ke universiti, hujan tak lebat. tapi angin kencang. payung tersebut bengkok. bengkok dengan teruk sekali. abang marah. abang marah payung tersebut. abang buang payung tersebut. abang caci padanya. abang paksa payung tersebut masuk dalam tong sampah. geram melihat payung tersebut.

selepas abang buang payung tersebut, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. agaknya payung tersebut marah juga pada abang dan berdoa pada tuhan supaya beri pengajaran pada abang. baju abang basah. abang berlindung di bawah satu flat.

seorang pakcik yang memerhati abang sejak awal lagi dari jauh, gelak menyindir. kami sama sama berlindung di bawah flat. mungkin dalam hatinya, "glasgow tak layak pakai payung. angin kuat. bazir saja beli. budak ini mesti baru di sini. haha."

sekian terima kasih.

buat adik ku, umar.
hari ini spm bermula bukan? buat yang terbaik. jangan periksa pun mahu ponteng. spm bukanlah periksa yang terakhir. tapi permulaan bagi alam dewasa dari alam kanak-kanak sekolah kerja mahu main saja.

belajar bukan untuk periksa. bukan untuk kerja di masa hadapan kelak. tapi untuk kehidupan yang akan datang.

oleh yang demikian, fikirlah apa yang diminati dan bekerja dan belajarlah sekuat kuatnya.

jika di kehidupan akan datang kelak, umar minat grafik komputer, maka mula dari sekarang, fikir dan kutip sebanyak mungkin bahan bahan berkaitan.

jika di kehidupan akan datang kelak, umar minat main, maka mula dari sekarang, fikir dan kutip sebanyak mungkin bahan mainan. siapa kata main perkara main main? mengaturcara aktiviti permainan (games event management) satu cabang mainan. mengkaji mainan untuk peringkat umur. mainan yang selamat. mainan realiti tv. mainan air. mainan darat. iklan mainan. bahan mainan.

jika di kehidupan akan datang kelak, umar minat alat ganti motorsikal, maka mulai sekarang, fikir dan kutip sebanyak mungkin alat ganti motorsikal. kaji. belajar.

mulai sekarang tetapkan cita cita. fokus. dan bersungguh sungguh. sesungguhnya semua cita cita pasti akan tercapai. namun persoalannya, sama ada cepat atau lambat.

jika mahu cepat, mahu tidak mahu, mesti masuk kolej atau universiti.

jadi, terpulang pada umar. umur 17 tahun adalah umur keramat. jika sudah ada cita cita tetap dan keyakinan pada umur ini, insyaAllah tak susah untuk kejar impian tersebut.

jadi mulai sekarang, tetapkan cita cita dan teguhkan keyakinan. fokus dan berusaha ke arah cita cita tersebut.

sentiasa jaga solat dan hubungan dengan Allah. kita berusaha, Allah yang menentukan segalanya.

sekian terima kasih sekali lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats