Wednesday, April 16, 2008

Kerja di Rotterdam

awal pagi tadi abang baru saja lepas habis kerja. baru balik kerja. kerja di port rotterdam. bawa teksi. hari pertama berkerja, bos ajar sikit sikit basic tentang cara bawa bot. kapal. engine control. bow thruster. gps. chart. compass.

tak sampai beberapa minit abang sudah pandai. terus abang diberi tugas. terdengar di radio beberapa panggilan teksi. terus abang diarah untuk mengambil penumpang tersebut.

abang tak sangka. cepat cepat abang masukkan kamera dalam beg. terus abang berlari ke arah satu bot teksi yang bos tunjuk.

abang lompat.

abang hafal semula apa yang telah diajar sebelum tadi. abang tunjuk tunjuk untuk kepastian.

abang terus bawa. rasa tak sangka. mudah rupanya membawa teksi. abang lintas laluan kapal port rotterdam. sibuk. barge. cruise. yatch. container ships. semua ada. abang ke kiri. kanan. elak sini. sana.

akhirnya berpandukan gps, abang sampai ke tempat mengambil penumpang. abang lambat beberapa minit. penumpang penumpang tersebut agak resah. terlihat bersama mereka anak kecil. comel. menangis dengan kuat.

dengan segera mereka masuk. walaupun lambat abang gembira. tugas pertama. sambil abang bawa teksi, abang keluarkan kamera. abang petik beberapa gambar. beberapa meter teksi akan sampai ke tempat yang penumpang mahu.

ketika abang sedap mengambil gambar, abang tak sedar ada satu yatch besar di belakang. abang telah lintas laluannya. salah abang. yacth tersebut tak sempat berhenti. lalu langgar teksi.

teksi abang tergolek. berpusing. abang bernasib baik. abang cepat cepat keluar. berenang. tapi semua penumpang tak dapat diselamatkan.

berita malam itu mengatakan akibat pelanggaran tersebut, dianggarkan sejumlah 7306 euro kerugian.










ship simulator 2006

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats