Friday, December 15, 2006

Lagi Satu Hari

tika abang menulis, jarum jam tepat 10.02 malam waktu tempatan. esok hari terakhir menandakan sudah sampai ke penghujung semester 1. banyak kelas yang sudah tamat. hanya tinggal assignment yang perlu di hantar.

petang tadi, abang semak spider, antara salah satu pangkalan data universiti. alhamdulillah abang lulus cemerlang, gemilang terbilang tiga ujian matematik berturut berturut dan dikecualikan dari peperiksaan bulan januari. abang gembira. sungguh gembira. tetapi ini baru permulaan. walaupun cuti belum bermula, bahang semester ke-2 sudah terasa.

walaupun, semester 1 hampir menamatkan riwayat, namun terdapat beberapa subjek yang abang masih rasa tercungap cungap. antaranya introduction to naval architecture. masih banyak pembacaan yang perlu dilakukan. banyak istilah yang mesti diingat. hal ini penting supaya tak terpinga pinga ketika dalam kelas.

esok abang perlu jumpa mr varyani. kelas beliau merupakan salah satu kelas yang amat sukar. bukan kerana subjek yang diajar susah, tapi cara penyampaian beliau agak sukar difahami. assignment hari isnin akan abang semak dengan beliau esok. selama 4 hari 4 malam abang tak tidur lena memikirkan penyelesaian masalah yang diberi.

esok, sempena hari terakhir bagi semester 1, kemungkinan besar, server universiti akan ditutup juga. abang tak pasti. sesetengah kawan kata tutup. sesetengah kata separuh deparment saja. tapi tak mengapa. abang perlu muat turun data data ke dalam cakera keras mudah alih abang.

masih ada satu lagi assignment, energy and environment yang perlu disiapkan, dan perlu dihantar minggu hadapan.

"
Kami di pangkor, cuti lepas spm, esok ke cameron highland sebab paksu nazri bercuti di sana. abang ok? "


sms ini diterima pada 14 disember 2006. abang ok. abang sihat. cuma abang sibuk saja akhir akhir ini. terima kasih ingat juga pada abang walaupun tengah cuti seronok seronok.

selepas abang terima sms tersebut, terus abang cari di internet tentang percutian. malang tak berbau tapi tuah tak kenal siapa. abang terserempak dengan website ini, http://www.seat61.com/Malaysia.htm#to%20Singapore%20overland.
bagaimana cara untuk mengembara dari london ke singapura dengan keretapi.

wah wah wah. seronok bukan? terus, dari saat tersebut, kini, dalam hati abang, sudah tertanam cita cita untuk naik keretapi dari london-moscow-beijing-phnom penh-bangkok-kuala lumpur. ya. satu hari. satu hari kelak. jauh perjalanan luas pengetahuan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats