Friday, May 09, 2008

Knock Knock Knock



abang sedang tengok tv. berehat. minum kopi. makan roti disapu coklat. terbaring di atas sofa. hampir nak tidur.

knock knock knock.

pintu depan diketuk. eh, siapa pula datang. di luar bising. sudah spring. jam menunjukkan lapan setengah. masih cerah. cuaca sangat panas dua tiga hari belakang. dalam 22 darjah. zack dan hafiz ada di rumah. siapa agaknya?

abang intai dari lubang kecil pintu. dua tiga makcik di luar. seorang ketuk pintu rumah abang. lagi dua pintu jiran.

knock knock knock.

pintu kunci. 'hold on a second,' kata abang.

abang pergi ambil kunci dalam bilik. agak tergesa gesa abang nak buka pintu. tapi akhirnya pintu terbuka. kelihatan makcik tadi. tak tua sangat. tapi tua.

'we're collecting a wee bit collection for the mother of the murdered children, next block.' kata makcik dengan scottish pekat.

dua tiga juga abang tanya makcik tersebut. lekas abang masuk balik, cari duit. eh, abang tak ada cash. nasib baik zack ada rumah. 10 pound zack hulur. abang beri makcik tadi.

katanya kes tersebut keluar berita. dia suruh tengok berita malam ini. lama juga abang tak tengok berita. first paper minggu depan. sibuk sikit. abang masuk semula. buka komputer. search internet. royston memang terkenal. kes begini. mungkin bukan royston saja. mungkin juga glasgow. kalau ikut statistik, glasgow antara bandar top stabbing dalam europe. tikam.

BBC

dua tiga hari lalu, ada juga dengar kes gaduh gaduh depan library. strathclyde. tapi malam. orang lain cerita.

rabu lepas ada juga abang nampak bunga bunga letak di flat sebelah semasa abang pergi dentist. tampal tetap. dalam hati ketika itu sudah agak, mesti ada kes lagi.

sekian.

jika sentiasa kita ingat Allah, moga Allah lindung kita selalu.

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats