Thursday, January 04, 2007

Sorry, you were out!



baru dapat dalam tengah hari tadi. tapi tak perasan. dalam jam 1 lebih bari perasan kad ini di depan pintu.

terus abang siap. tukar baju.

abang layar internet. abang cari tempat nak ambil paket tersebut.

abang tengok peta bas. ok. semua siap.

kena naik bas 89. balik bas 90.

abang tunggu bas.


sebelah tempat tunggu bas, ada kubur. puas abang tatap kubur. rasa macam satu hari nak masuk kawasan kubur tersebut lari lari. atau mungkin gelongsor dari atas bukit turun. waktu siang la tapi dan tak hujan.

bas sampai. baju abang basah basah sikit. hujan renyai renyai.

mengikut google map, bagunan royal mail tersebut selepas glasgow tiger.

tepat. selepas glasgow tiger abang tekan loceng. abang turun bas.

abang cepat cepat berlari ke bangunan royal mail. hujan masih turun renyai renyai.

jam menunjukkan pukul 3.30 pm.



abang datang lagi besok.

abang tunggu bas untuk balik. bas 90.

tiba tiba beberapa budak berkumpul berdekatan. mereka beli telur di kedai berhampiran.

seterusnya baling telur telur tersebut ke kenderaan kenderaan di jalan. apabila pemandu kenderaan tersebut berhenti, dan lari mengejar mereka, pantas mereka lesap.

pemandu kenederaan tersebut letih. naik semula kenderaan nya dan sambung semula perjalanan.

budak budak tadi kembali semula. sambung semula baling telur.

bas 90 sampai.

abang tak terus balik. abang ke city centre.

semalam abang beli beberapa barang dan di antara nya gogel renang. tapi sampai rumah bila abang buka beg plastik, gogel tiada. mesti cashier semalam terlupa masuk kan.

jadi, abang pergi semula kedai sukan tersebut.

"excuse me, i bought some items yesterday but when i got home, theres this goggle missing from the plastic bag. i think the cashier didnt put it in. ive got a receipt if you need to check it." i said.

"hold on, ill go and check ya." said this lady i asked.

selepas beberapa minit dia datang dengan gogel abang. dimasukkan nya ke dalam plastik beg, sekali dengan resit. sedikit senyuman, ucapan terima kasih. selesai.

keluar kedai, hari sudah gelap. abang terus balik rumah.



sekian, terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats