Saturday, January 27, 2007

Telur Beku

siapa pernah makan terlur? siapa suka telur? telur rebus? alhamdulillah, semua suka.

hehe, tadi abang rebus telur. abang rebus dua biji. sebiji abang makan dengan spagetti. sedap.

jadi, bila sudah makan sebiji mestilah tinggal lagi sebiji. ketika itu abang sudah kenyang. kenyang sangat. abang tak tahu nak buat apa dengan telur lagi satu.

abang pegang telur tersebut. pegang. abang pegang dan pegang. abang fikir dan abang fikir. sambil pegang telur abang keluarkan susu dari peti ais.

zup, terlintas satu idea. dulu abang teringat zaid pernah letak kereta mainan dalam peti sejuk. abang pula letak telur. tapi kalau letak telur begitu saja, telur tersebut tak beku sepenuhnya dengan sekata, jadi abang rendam telur tersebut dalam bekas berisi penuh air dan abang simpan dalam peti sejuk.

selepas itu abang sambung buat kerja abang. abang siapkan kerja rumah. abang tak sabar nak tahu apa akan jadi dengan telur abang.

selepas beberapa jam abang ulang alik, buka katop peti sejuk di dapur, akhirnya air yang merendamkan telur abang beku. jadi ais. sudah tentulah telur tersebut juga beku kan?

abang pecahkan ais, abang buang kulit telur. jengjeng, telur beku. hahaha. makan separuh, letak kicap manis, makan lagi separuh. sedap. nanti selepas baca ini, bolehlah cuba.

bila telur masuk ke mulut, turun ke leher, seterusnya ke perut, rasa sejuk saja. akan datang mungkin akan ada orang berniaga telur sejuk agaknya. apa tidak nya, bayangkan ketika hari sukan. tidak anda rasa lazat hanya dengan membayangkannya?

tak dapat bayangkan? saya sudah cuba. saya suka. sedap. anda bagaimana? anda tentukan. sekali cuba pasti mahu lagi.

sekian, terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats