Wednesday, January 10, 2007

kertas pertama

pagi tadi peperiksaan pertama abang yang berunsur penulisan. selama ini, hanya peperiksaan matematik saja yang telah berlalu, dan ianya objektif.

objektif senang. tak perlu output dari calon peperiksaan. hanya tahu kira sudah memadai. hanya tahu cara dan jawapan sudah memadai. seterusnya bulat dan hitam kan jawapan.

namun, peperiksaan bercorak penulisan agak mencabar berbanding objektif kerana disamping perlu tahu cara untuk dapat sesuatu jawapan, cara untuk tulis dan membentangkannya supaya ia kemas, dan mudah difahami juga amat penting. susunan juga perlu.

bahasa yang digunakan perlu tepat. istilah yang digunakan perlu tepat dengan maksud yang ingin disampaikan.

bahang cabaran dan cabaran yang lebih sukar dapat dirasakan. perlu lebih siap siaga untuk berdepan dengan perkara perkara yang lebih susah kelak.

walaubagaimanapun, alhamdulillah, peperiksaan pagi tadi berjalan lancar. semua soalan dapat dijawab. abang pasti jawapan abang semua betul. namun, memandangkan ini kertas pertama yang berbentuk penulisan, abang tak tahu bagaimana cara pensyarah tanda dan apa yang dimahukan.

setakat sini saja, sekian.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats