Friday, April 06, 2007

HowStuffWorks

sudah lama abang tak melayari lamanHowstuffworks. sejak kewujudannya sekitar tahun 2001, laman howstuffworks banyak memberi input menarik. oleh demikian, bilangan pengunjung ke laman tersebut semakin hari semakin ramai dan menyebabkan semakin hari semkain perlahan akses ke laman tersebut. ini menyebabkan, laman tersebut menjadi bosan bukan kerana isi dalamnya tapi kadar kelajuan untuk mengaksesnya.

namun begitu, kini laman tersebut sudah bertukar wajah. dulu warna tema yang digunakan adalah kuning kini, biru sedap mata memandang. kadar kelajuan bertambah laju, dan yang menarik, banyak video dan animasi berbanding dulu. laman tersebut memang baik untuk bukan sekadar untuk pelajar tapi juga untuk semua orang yang mempunyai talian internet.

selain membaca akhbar online, laman tersbut boleh dijadikan sebagai santapan pembacaan untuk masa lapang. dari masakan, kereta, komputer dan hiburan, kita dapat tahu sesuatu bukan sekdar dari muka depan tapi isi dan fungsi dalamannya sekali. bahasa inggeris yang digunakan pula mudah dan ringkas, dan bukanlah tahap pembacaan yang sirius.

pada pendapat abang, amat penting untuk seseorang tahu akan semua perkara dan benda yang ada di sekeliling kita. tapi amat mustahil untuk tahu semuanya, dan oleh itu, asas dan sejarah sesuatu itu sudah memadai kerana yang selbihnya dapat diketahui dalam perjalanan kehidupan seharian dengan cara langsung mahupun tidak. sebagai contoh, dengan tahu sedikit bahagian enjin, dapat dikaitkan sedikit sebanyak ketika enjin rosak dan ketika pembaikan. dengan tahu sedikit sebanyak fungsi komponen komputer, dapat agak bahagian mana yang mungkin masalah jika rosak. dengan tahu sedikit sebanyak bahagian mesin basuh, senang keluarkan syiling jika tersangkut. haha. dengan tahu sedikit sebanyak sejarah iran, baru dapat memahami politik dunia iran, dan boleh ambil apa yang baik dari mereka dan bukan sekadar melempar kata kerajaan syiah langsung tak boleh diikuti.

abang suka berfikir dan mengaitkan antara satu dengan yang lain. bila sesuatu berlaku di sekeliling kita, amat menarik jika kita dapat membuat sedikit pembacaan dan seterusnya menjangkakan apa yang akan berlaku selepas itu. mungkin jangkaan tak tercapai dalam esok atau seminggu selepas itu, tapi mungkin setahun atau dua. tapi bila ia berlaku, dalam hati, abang boleh bangga berkata sendiri, "satu jangkaan yang aku buat dulu kini berlaku". terasa seperti saintis. seperti ilmuwan. siapa kata hanya bijak pandai professor saja boleh berfikir dengan kritis. semua insan diciptakan akal oleh Allah, dan amat rugi jika tidak berasa gatal dengan situasi sekeliling.

oh, sebenarnya abang cari tentang perbezaan disel enjin dan enjin gasolin tadi di howstuffworks. entah topik jauh pula melencong. entahlah, minat sejarah, minat falsafah, adakah suatu hari nanti abang mungkin bergelumang dalam dunia politik? siapa tahu. gaya sudah ada. haha.

perbezaan antara enjin disel berbanding enjin gasolin ialah ketika proses pembakaran. enjin disel tidak ada palam pencucuh. atau nama popularnya spark plug. enjin disel terbakar kerana mampatan udara yang cukup tinggi menyebabkan udara yang dimampatkan panas, dan seterusnya jika sedikit minyak disel di sembur boleh menyebabkan letupan. sebaliknya, enjin gasolin minyak dan udara dicampur terlebih dahulu dan kemudian baru dimampatkan. seterusnya barulah tugas palam pencucuh untuk memberi cucuhan api dan kemudian letupan berlaku.

hal ini dapat berlaku kerana, perbezaan sifat minyak disel dan gasolin. jika diperhatikan, minyak disel lebih pekat, dan berbau lebih "kaw" dari minyak gasolin. ini kerana, ketika proses pmprosesan minyak dari dasar laut, minyak disel dapat dihasilkan dengan lebih murah berbanding minyak gasolin. oleh kerana inilah di malaysia, minyak disel lebih murah berbanding minyak gasolin.

namun di uk, minyak disel lebih mahal berbanding gasolin, dan ini mungkin disebabkan faktor kerajan uk untuk mengurangkan kenderaan disel bagi mengawal kehijaun udara alam sekitar.

hish, memang banyak rasa mahu boleh ditulis. pernah teringat kata umi "usah risau. permulaan itu penting. selepas itu idea akan datang dan datang. kita akan bercakap dan bercakap. dan jika dalam konteks menulis, rasa mahu tulis lagi dan lagi".

itulah kelebihan blog terutamanya blog persendirian, atau diari yang mana tiada sebarang skop spesifik untuk menulis. apa yang terlintas di minda, dapat diluahkan di papan elektronik ini. tiada permulaan mahupun pengakhiran. selagi tangan tidak sakit, mata masih celik, minda masih waras, punggung masih tidak panas, selagi itulah papan kekunci tak henti berbunyi tup tap tup tap.

adui, punggung sudah panas, sekadar sini saja.

sekian, terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats