Monday, March 19, 2007

Terima Kasih

sudah agak lama abang tak tulis di sini. hari biasa banyak kerja rumah yang perlu disiapkan. ujian yang perlu dihadapi. latihan dan macam macam lagi. hari minggu pula, sejak tiga minggu lepas, asyik main bola, dari edinburgh super cup, piala perantau dan sheffield games. minggu ini ada warwick games, tapi abang tak pergi. malas. letih juga kalau setiap minggu main bola. pemain bola professional pon tak main setiap minggu kan? kena juga berehat. hehe.

abang baru pulang dari tesco. dapat brahim kuah satay, brahim sambal ikan bilis, brahim er, brahim apa lagi ye? sat abang pergi tengok balik.
  1. satu brahim kuah satay
  2. satu brahim rendang daging lembu
  3. dua brahim serunding daging
  4. satu brahim rendang daging ayam
  5. satu brahim sambal ikan bilis
  6. dan empat perencah nasi goreng kampung

hari rabu yang lepas, ketika abang nyenyak tidur petang, setelah pulang dari kelas abang terima panggilan telefon. jarang jarang sekali telefon abang berbunyi. abang ingatkan mungkin khai, atau abang haizal call, ajak main bola sabtu ini. tapi suara di hujung talian suara perempuan. oh, mrs stuart rupanya. isteri kawan abi. dia tanya khabar. tanya bagaimana pelajaran, dan beritahu dia baru pulang dari malaysia beberapa minggu lepas, dan abi ada kirim beberapa makanan. dia tanya bila abang free, dan abang kata hujung minggu ok. disebabkan sabtu rangers ada match, so hari ini abang jumpa nya di tesco. minum kopi, dan berborak borak.

oh, rupanya anaknya satu tahun muda dari abang, dan bila ada masa bolehlah ke rumahnya dan berkenalan dengan anaknya.

cuaca hari ini sungguh ini bertukar tukar. dalam beberapa minit hujan, kemudian terang bersinar sinar, tak lama selepas itu sikit salji, dan sekejap saja terang balik. haih, boleh pening dibuatnya. ramalan cuaca esok kata esok mungkin salji teruk dan siap dengan jaket yang lebih tebal. tapi ramalan cuaca kadang kadang tak tepat. jarang betul pon. minggu ini boleh ke kelas dengan lengan pendek minggu depan kena bersiap dengan jaket tebal. sungguh tidak boleh diramal cuaca di sini.

tapi tak apa, cuaca berubah ubah pon, abang kuat. hehe. setiap hari makan vitamin. insyaAllah tak mudah selsema, batuk dan demam. tambahan pula baru dapat brahim dari abi dan umi, terima kasih. rasanya boleh tahan sampai mei brahim ini. eh, mungkin tidak. eh mungkin ya. abang pon tak tahu. tak pasti. kebelakangan ini, sekejap sekejap lapar. dan orang tua kata, kalau lapar makan nasi. jadi abang makan nasilah. sekarang, bila cubit cubit perut dapat rasa lemak tambah beberapa mm. haha.

umar baru habis spm, dan zaid tahun ini pmr kan? asma upsr? kan? abang rasa lah. dan lagu pesan abang - sudirman tu abang rasa sesuai sangat. hehe. kalau abang tulis panjang panjang pon, macam ceramah saja. bosan. lagu sudirman tu pendek pendek saja tapi bermakna. sedar tak sedar sekarang sudah mac. macam itu la nanti bila tiba sebulan lagi peperiksaan pmr atau upsr. sekejap saja. oleh yang demikian, mula belajar dari sekarang. setakat pmr dan upsr tu celah jari umi dan abi saja. tak tahu tanya. jangan biarkan masalah berpanjangan.

buat umar, abang sentiasa doakan yang terbaik. ada masa main dan ada masa sirius. walauapa pun yang akan dilalui nanti, kena sirius. bukan umar lemah pon. nak diikutkan cara umar fikir lagi kreatif dari abang. lagi pusing dari abang. cuma kena letakkan cara fikir itu dalam apa yang umar minat, dan sirius. ok?

apa lagi nak cerita ya? ok setakat itu saja dari hudzaifah, melaporkan dari tingkat 12, sighthill, glasgoo. haha.

sekian, terima kasih.

(asma asyik suruh abang saja tulis, bila boleh abang pula baca apa yang asma tulis?)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats