Friday, April 06, 2007

maudlidur rasul

abang pergi sembahyang jumaat di sumsa tadi. tajuk khutbah tidak lain dan tidak bukan tentang Nabi tercinta kita, Nabi Muhammad s.a.w. betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai seorang islam, dan mempunyai tokoh yang tiada tandingannya. pelengkap kehidupan kita selepas al-quran ialah hadis iaitu cara hidup baginda s.a.w. oleh yang demikian, tidak wajar jika kita tidak menyambut kelahiran baginda dengan cara bersyukur pada Allah s.w.t atas Rasul yang diutus.

selesai sembahyang jumaat, abang tak terus pulang ke rumah. abang bercadang ke bestkebab, mahu beli chips. lapar. chips murah. bestkebab dekat dengan university dan halal. sedang abang berjalan, ternampak seorang lelaki. memang biasa lihatnya di sumsa. setiap kali solat berjamaah di sumsa mesti dia ada. mustahil abang tak perasan. mungkin begitu juga pada diri lelaki tersebut. mungkin dia juga perasan abang. abang lari lari anak. abang kejar dia. abang tegurnya. abang sapa dan ucap salam.

kami berborak. namanya abdul wajid, dari pakistan. sedang belajar di strathclyde dalam mtematik, phd. kami berborak dan berborak dan akhirnya sampai ke beskebab. abang pesan chips abang, abdul wajid pesan burgernya. tiba abang mahu keluarkan duit mahu membayar, dia hulur wang kertas pada juruwang lantas berkata dia belanja.

hehe. rezeki jangan ditolak. alhamdulillah. dapat kenal sahabat baru, dapat makan percuma tengahari.

beskebab tiada kerusi kosong lagi. semua penuh. tak banyak kerusi pun. jadi kami keluar, abdul wajid ke ofisnya abang ke george square. katanya, tiada istilah cuti walaupun university cuti. kerja banyak. sambil makan sambil buat kerja katanya.

selamat tinggal, assalamualaikum, dan seterusnya abang ke george square, menikmati makan tengahari seorang diri, ditemani pengunjung pengunjung burung merpati di situ. seekor demi seekor cuba menghampiri abang mencuba nasib mungkin abang akan berkongsi makanan. hah, jangan harap. lapar. haha.

agak ramai orang di george square. ketika hampir saja menghabiskan sisa sisa akhir chips abang, datang seorang tua, duduk sebelah abang, membuka bekalan yang baru dibeli dan menjamu seleranya.

dia tegur abang. abang tegur balik. memang tiada topik lain selain cuaca jika mahu memulakan perbualan di scotland. hari ini cuaca biasa saja. tidak cerah, tidak juga bagai hendak hujan. angin sepoi sepoi. tapi semalam cuaca sangat menarik kata abang. dia angguk, bersetuju. semalam panas. sedap berjemur. rasa rugi kalau tak keluar dan berjalan jalan. padanlah mat salleh pantang mahu berjemur bila dapat cahaya matahari. bagai monyet dapat bulan, bagai paus mencari rumpai. haha, ade ke pepatah tu?

hujung minggu ini ada majlis maulidur rasul di govanhill. di mashid al-farouq kalau tak silap.

cukuplah setakat ini saja, dalam satu jam, library akan tutup. baik abang siapkan dulu kerja yang dirancang sebelum kena halau.

sekian terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats