Tuesday, January 30, 2007

Mana Lebih Penat?

bayangkan di depan anda sekarang ada kotak. sekarang bayangkan pula, isipadu kotak bayangan anda tadi. bayangkan kotak tersebut kosong dalamnya. kemudian ia ditutup. dalam penuh angin saja.

apa sebenarnya ada dalam kotak tersebut? tentulah ada angin. tapi angin itu sendiri terdiri dari molekul molekul H2O, iaitu air.

dipendekkan cerita, apa yang abang nak sampaikan ialah, dalam satu isipadu tetap seperti kotak di atas tadi, wujud air tapi dalam bentuk angin.

apabila suhu dalam kotak tersebut meningkat, jumlah air yang boleh muat dalam kotak tersebut juga meningkat. namun yang demikian, jika suhu dalam kotak tersebut jatuh mendadak, jumlah air yang bolah muat dalam kotak tersebut juga berkurangan.

faham? abang pun tak faham sangat. pensyarah abang terangkan dalam bahasa inggeris.

sebenanrnya abang nak cerita meinggu lepas dalam kelas introduction to marine engineering, kami belajar tentang refrigeration dan air ventilation. seronok belajar kapal, sebab nanti kapal yang akan dibina akan berlayar jauh. mungkin bulan. mungkin hanya beberapa minggu. tapi yang penting keadaan kelasi kelasi kapal.

seperti kata pensyarah abang, katanya, kapal adalah seperti hotel bergerak. samada kapal besar mahupun kecil, tiada ada sesiapa yang mahu mengedalikan kapal tersbut jika keadaannya teruk.

jadi berbalik kepada apa yang abang belajar, sistem penghawa dingin kapal mestilah sentiasa dalam keadaan baik. dan ini bermakna dapat mengawal udara yang diproses dengan baik. tapi apa kena mengena dengan suhu tinggi, suhu rendah?

tuan tuan, puan puan,
ekonomi dunia zaman kini amat bergantung kepada industri perkapalan(nih masuk subjek marine transportation-transpotation economics plak nih. bs lee ajar. bibir die hitam. die selalu hisap rokok depan department, pegang mug kopi pagi pagi). lebih lebih lagi ekonomi kini yang berkonsepkan 'derived demand' yang bermakna sesuatu itu perlu ada tepat pada masanya.

oleh yang demikian, kapal bergerak dari suatu benua ke benua yang lain di mana suhu di setiap benua berbeza. faktor seperti ini perlu diambil kira dari segi teknikal mahupun dari segi keselesaan kelasi kapal.

'heater' perlu dijalankan ketika kapal di perairan yang sejuk, tapi memanaskan udara yang kurang kepadatan angin, akan menyebabkan ketidakselesaan seperti sakit tekak, dan batuk batuk.

'aircond' yang dipasang sewaktu di lautan yang panas perlu diselaraskan kepadatan air yang terkandung dalam udara supaya keadaan tidak terlalu lembab yang boleh mengakibatkan badan rasa melekit lekit.

dari segi teknikal udara yang mempunyai kepadatan air yang melampau boleh menyebabkan pam atau kompressor tidak berfungsi. atau mungkin boleh meletup.

hmm, tadi rasa macam banyak isi nak tulis. ok la setakat sini saja ulangkaji saya untuk malam ini, terima kasih kerana sudi membaca. tak faham boleh la rujuk semula buku sains. sebab sebenarnya, sesuatu konsep itu datang dari sekeliling kita.

nak baca buku introduction to marine engineering, tulisan da taylor. buku yang abi beli di nagasaki pada 29/11/2000 dan pada lecture pertama minggu lepas, pup, keluar di slide:

"course largely based on 'introduction to marine engineering', DA Taylor"

orang kerap bertanya "oo, naval architect, nak jadi macam abi ke?",

"tak. nak jadi lebih bagus dari abi."

amin.
alhamdulillah, kalian yang baca secara tak langsung telah meng amin kan saya. jutaan terima kasih.

sekian, terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats