Monday, April 09, 2007

Masjid Al-Farouq

abang baru pulang dari masjid al-farouq di govanhill. dalam 30 keluarga melayu di govanhill dan oleh yang demikian mungkin lebih mudah agaknya sambutan maulidur rasul diadakan di situ.

pada awalnya, bas mini disediakan untuk mengangkat para hadirin ke masjlis berkenaan dan memandangkan abang tiada pengangkutan, abang telah menempah satu tempat duduk. namun yang demikian, tiba saat akhir, pagi tadi rifki telefon, dan minta abang pergi sendiri naik bas sebab semua yang lain dalam kawasan sighthill dan charles street sudah pun mempunyai kenderaan pensendirian masing masing. memandangkan hanya perlu ambil abang seorang saja, amatlah tidak berbaloi untuk satu mini bas diisi dengan seorang saja penumpang.

abang turun, dan mengambil bas 12 ke govanhill. abang tak tahu masjid al-farouq di mana. cadang hendak ke rumah bujang di govanhill dulu sebelum ke masjid. tiba di rumah bujang, tiada orang. semua kerja agaknya.

abang tanya pejalan kaki bedekatan, rupa rupanya dekat saja. tak sampai 100 meter. bekas gereja yang telah dibeli oleh orang islam itu telah ditukar kepada masjid.

abang sampai terlampau awal.

hafiz panggil abang dan bertanya jika abang kenal seorang muda di sebelahnya. abang geleng. budak al-amin katanya. oh, tidak abang sangka. umurnya 14 tahun. baru sampai dalam akhir tahun lepas. teman ibunya buat phd. amirul aiman namanya. ibunya bernama rahimah? lebih kurang la kot. rasanya. lemah betul bab ingat nama orang ini. ibunya dan dia kirim salam.

penceramah hadir dari malaysian student department, msd, dari london.

untuk mencintai Nabi Muhammad itu, mestilah juga kita tahu, kenal dan hayati Nabi Nabi terdahlu. Mustahil jika kita kata kita cinta Nabi Muhammad jika kita tak tahu akan sirah Nabi Nabi terdahlu. kita mesti tahu kronologi. seperti contoh, jika diperhatikan wajah seorang anak itu, kita dapat lihat bentuk hidungnya mungkin seperti ayahnya. mata seperti ibunya, telinga seperti datuknya, atau raut wajah itu sendiri mungkin seperti nenenknya. kita cinta anak kita kerana kita bangga ia mempunyai ciri ciri wajah kita. bayangkang jika seorang anak itu tiada langsung rupa kita, sudah tentu kita berasa amat pelik. sama juga dengan Nabi kita Muhammad s.a.w tuan tuan dan puan puan. untuk kita bangga dengan Nabi kita, kita juga mesti tahu Nabi Nabi yang terdahulu.

tuan tuan dan puan puan, kemudian, sunnah Nabi. selepas al-quran, sunnah Nabi adalah panduan hidup kita. bab ini selalu dengar di malaysia, jadi tak banyak yang dapat tangkap.

kemudian, saudara dan rakan rakan sekalian. Zaid bin Harithah merupakan anak angkat yang amat disayangi Rasulullah. Rasulullah amat sayang Zaid. Namun begitu, Baginda tidak menukar berbin kan Zaid ke Zaid bin Muhammad. walaupun begitu, disebabkan betapa kasihnya Rasulullah terhadap Zaid, sehinggakan tercetusnya nama Zaid bin Muhammad oleh penduduk sekeliling. kemudian turunlah firman Allah s.w.t, bahawa anak angkat tetap berbin kan bapanya dan tidak boleh di bin kan pada orang lain. ini menunjukkan betapa sifat Rasulullah itu sebagai seorang yang penyayang. seorang yang pengasih, sedangkan Zaid itu hanyalah anak angkat baginda, lebih lagi ia dari golongan hamba.

ada lagi satu point, tapi sudah lupa. ada empat point.

seterusnya majlis ditutup dengan berselawat ke atas Nabi, dan kemudian makan.

banyak makanan lebih. abang minta satu paket full pakej. alhamdulillah, ada makan malam. walaupun di rumah masih ada lauk lagi. haha. tamak tamak.

sekian terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats