Friday, February 09, 2007

Jam 3 Pagi

kira kira jam 3 pagi abang terjaga. sejuk. tv masih tak tutup. tv yang letih tengok abang. abang tertidur di sofa, ruang tamu. abang bangun. sebelum tv ditutup, abang perhatikan juga rancangan apa. tajuknya "Aged 12, And Looking After the Family".

mengisahkan tentang sebuah keluarga yang ibu bapa mereka 90% buta. boleh melihat tapi amat susah. mahu baca suratkhabar pun, mata amat dekat dengan kertas. oleh yang demikian, rutin harian diuruskan oleh anak sulong dan kedua. bersyukurlah kita, hidup walau tak sempurna tapi tidak susah dan tiada kekurangan.

abang bangun. makan cornflakes. makan dua mangkuk. kenyang.

abang ke bilik. masuk bawah selimut. tidur.

tapi, seperti kerap kali berlaku, 'gangguan' tidur menimpa diri abang lagi. ini bukan kali pertama. sebelum ini, sudah banyak kali berlaku, dan agak kerap juga.

rasa seperti dapat lihat sekeliling. dapat lihat komputer masih menyala terang. dapat melihat buku buku. almari. siling. tapi mahu bergerak tak boleh. kadang kala, rasa nafas terhimpit. kadang kala nafas seperti biasa.

rasa seperti dirantai tidak boleh bergerak. cuba menjerit, tapi sekuat mana jeritan rasa bagai hanya kumat kamit saja. walau bagaimanapun, setiap kali mahu menjerit jeritan punyai 'Allah', atau azan atau kalimah kalimah suci terus, zas, macam dibalut, seperti tidak mengizinkan.

namun, tekniknya ialah, terus dan terus berusaha. usah mengaku kalah. kadang kadang agak lama, cuba dan cuba menjerit Allahuakbar! atau azan. memang susah. tapi akhirnya mesti dapat terjaga semula. bila terjaga, tidak boleh lalai. jika tidak akan terlelap dan gangguan akan terjadi semula.

syaitan agaknya. dulu seingat abang pertama kali berlaku ketika di jepun. tapi jarang jarang. kemudian ketika tinggal di gombak jarang jarang, tapi agak kerap berbanding seperti di jepun.

paling kerap berlaku di melawati. ketika di melawati selalunya, jika berlaku di bilik tidur, abang akan pindah tidur di sofa ruang tamu, kadang kadang masih tetap terasa. abang berpindah ke depan tv. jika masih berlaku, abang akan cari bilik asma(kalau asma tiada), atau mana mana bilik kosong.

kalau susah sangat, abang tak tidur. buka astro dan tonton bola sampai tertidur.

tapi sampai bila abang perlu lari? kalau berlaku lagi, takkan abang akan tidur di tandas? di dapur? sejuk tu..

sesiapa yang membaca ini, jika terkena, bolehlah minta kaunseling dari abang. hehe. pakar. abang teringat umi pernah kata baca 3 qul, dan ayat kursi.

abang tadah tangan. abang baca 3 qul, abang baca ayat kursi. abang tiup di tapak tangan. abang sapu muka. tangan hingga ke siku. kepala, dan tanpa melepaskan tangan, abang sapu turun ke badan, ke peha dan seterusnya ke kaki. pernah juga teringat ustaz arwani pernah ajar teknik begini jika hendak bangun pagi tepat pada masanya. cuma, sebelum prosedur dilakukan, niat dalam hati, jam berapa bercadang untuk bangun dan insyaAllah, selalunya akan bangun.

setakat ini, bila terjadi gangguan abang buat begitu. dan setakat ini, selepas itu, Alhamdulillah, sejahtera. gangguan tak terjadi lagi.

kepada umar, yang selalu juga kena gangguan yang sama, amal amalkanlah.. selalunya, dari pandangan orang yang masih terjaga, orang yang dalam gangguan ini seperti mengigau. cakap ntah apa apa. oleh yang demikian, usah digelak kawan yang mengigau, seksa sebenarnya.. kejutlah mereka dengan lembut dan bijaksana.

adakah ia gangguan syaitan?
atau hanya stress dan fikiran masih tidak mahu rehat, tapi jasad sudah bersedia untuk tidur yang demikian roh cuba keluar tapi dihalang oleh minda yang masih aktif?

sekian, terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats