Friday, February 23, 2007

Telefon

pada hari selasa yang lepas telah bermula kelas matematik baru. pada hari isnin ada peperiksaan matematik. maka pada hari selasa kelas matematik telah bermula dengan tajuk baru bersama guru baru. muda. baru tamat phd. agak berisi. perempuan.

cara beliau ajar berbeza berbanding dengan guru yang mengajar dari minggu pertama hingga minggu ke empat. beliau ajar tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu cepat. dan tidak juga terlalu lambat. atau perlahan. beliau ajar dengan lebih teliti, dan jelas. sekejap sekejap bertanya respon dari pelajar.

abang duduk di tengah tengah dewan. abang duduk seorang seorang.

selepas kira kira setengah jam berlalu terdengar bunyi deringan telefon bimbit menyanyikan lagu ntah apa abang pun tak tahu. kuat. bunyi yang dari belakang dewan itu amat kuat hingga guru di depan juga dapat mendengarnya. guru berasa amat marah. guru tidak suka macam macam bunyi ketika ajaran di sampaikan. kulitnya yang putih bertukar merah.

"saya pernah mengajar dalam kelas yang banyak bunyi telepon. suatu hari saya bawa baldi air dan bila mendengar bunyi telefon bimbit, saya rampas dan celup dalam baldi macam biskut." kata guru tadi.

beliau sambung mengajar.

semua murid diam. yang sebelumnya berbisik tak berani mengeluarkan suara apatah lagi yang sebelumnya berborak kuat.

tak lama selepas itu, selang beberapa minit bunyi lagi deringan telefon lama. "kring, kring, kring". guru menoleh melihat belakang. diperhati raut wajah satu persatu murid muridnya. tapi deringan masih berbunyi.

abang toleh belakang. orang belakang tengok abang. abang toleh, pusing melihat 360 darjah. semua dalam dewan tenung abang.

oh, telefon abang rupanya. masa masa begini pula ada orang telefon. amat jarang sekali orang telefon abang. abang seluk poket. mencari cari punat. tup. berhenti. sudah tiada bunyi.

seluruh dewan tergelak.

guru hanya menggelang, senyum.

sekian terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


My Stats