Saturday, October 20, 2007

Update 2!


ketam masak merah?


sup ikan salmon?


kuda baru beli.

nanti kalau umi nak hantar baju raya abang, hantar kan sekali baju keselamatan warna kuning yang selalu abang pakai naik motor di malaysia bila hari gelap.

kepada abi, umi, oma, asma, zaid. abang rindu semua.

Thursday, October 11, 2007

Update!

sebelum abang meneruskan tulis, ingin abang minta maaf sebab tak update blog. agak sibuk sedikit.

beberapa perkara kebelakangan ini:

1) semalam broadband baru masuk rumah. orang lama terminate account dia. so kena register baru. ambil masa 1-2 minggu. virginmedia check my account. account not stable. need to deposit some amount of money first. call here call there. alhamdulillah yesterday orang virginmedia datang. pasang. hari ini hafiz dan zack pergi beli router. so ini baru dapat online.

2) hari ini baru dapat surat permission to reside di rumah ini. alhamdulillah. takut juga kalau permission 'ungranted'. royalmail mogok. minggu depan mogok lagi. yang tersekat orang seperti abang. sedang tunggu banyak surat. surat bank. surat elektrik. surat council. surat universiti.

3) kelas sudah bermula. sekarang sudah masuk minggu ke-2. alhamdulillah. walaupun kepala sedang berserabut, tapi dapat berjalan dan terus berjalan.

4) abang baru beli basikal. basikal beli di carboot. masih ok. masih cantik. sudah tak penat pergi kelas. balik penat sebab naik bukit. tapi balik tak kisah. janji pergi cepat dan tak penat.

5) abang ada tiga kad. dua kad bank, satu kad kredit. dari tiga hanya satu saja abang bernasib baik dapat ingat pin. yang lagi dua, nak kena tunggu surat bank. ntah bila boleh dapat. pos asyik mogok saja.

6) alhamdulillah, dapat pinjaman JPA dan MISC. sedang tunggu DHL abi. medical check up boleh buat di klinik universiti. sudah buat appointment. jumaat ini.

7) hari ini baju raya abang sudah siap. tempah di pamili. abang yang pergi tempah hari tu. abang tahu hari ini siap. tapi baju di malaysia. badan empunya nya di sini. tak sempat la pakai untuk raya.

rasanya sampai sini dahulu, abang nak pergi masak.. semalan makan kambing kurma. sebelum tu sup ayam, sebelum tu kari ayam, sebelum tu rib masak kicap, sebelum tu ikan apentah masak asam pedas. hehe. dalam sejam lagi nak berbuka.. yang memasaknye zack. abang tolong potong bawang je..


My Stats