Tuesday, January 30, 2007

Mana Lebih Penat?

bayangkan di depan anda sekarang ada kotak. sekarang bayangkan pula, isipadu kotak bayangan anda tadi. bayangkan kotak tersebut kosong dalamnya. kemudian ia ditutup. dalam penuh angin saja.

apa sebenarnya ada dalam kotak tersebut? tentulah ada angin. tapi angin itu sendiri terdiri dari molekul molekul H2O, iaitu air.

dipendekkan cerita, apa yang abang nak sampaikan ialah, dalam satu isipadu tetap seperti kotak di atas tadi, wujud air tapi dalam bentuk angin.

apabila suhu dalam kotak tersebut meningkat, jumlah air yang boleh muat dalam kotak tersebut juga meningkat. namun yang demikian, jika suhu dalam kotak tersebut jatuh mendadak, jumlah air yang bolah muat dalam kotak tersebut juga berkurangan.

faham? abang pun tak faham sangat. pensyarah abang terangkan dalam bahasa inggeris.

sebenanrnya abang nak cerita meinggu lepas dalam kelas introduction to marine engineering, kami belajar tentang refrigeration dan air ventilation. seronok belajar kapal, sebab nanti kapal yang akan dibina akan berlayar jauh. mungkin bulan. mungkin hanya beberapa minggu. tapi yang penting keadaan kelasi kelasi kapal.

seperti kata pensyarah abang, katanya, kapal adalah seperti hotel bergerak. samada kapal besar mahupun kecil, tiada ada sesiapa yang mahu mengedalikan kapal tersbut jika keadaannya teruk.

jadi berbalik kepada apa yang abang belajar, sistem penghawa dingin kapal mestilah sentiasa dalam keadaan baik. dan ini bermakna dapat mengawal udara yang diproses dengan baik. tapi apa kena mengena dengan suhu tinggi, suhu rendah?

tuan tuan, puan puan,
ekonomi dunia zaman kini amat bergantung kepada industri perkapalan(nih masuk subjek marine transportation-transpotation economics plak nih. bs lee ajar. bibir die hitam. die selalu hisap rokok depan department, pegang mug kopi pagi pagi). lebih lebih lagi ekonomi kini yang berkonsepkan 'derived demand' yang bermakna sesuatu itu perlu ada tepat pada masanya.

oleh yang demikian, kapal bergerak dari suatu benua ke benua yang lain di mana suhu di setiap benua berbeza. faktor seperti ini perlu diambil kira dari segi teknikal mahupun dari segi keselesaan kelasi kapal.

'heater' perlu dijalankan ketika kapal di perairan yang sejuk, tapi memanaskan udara yang kurang kepadatan angin, akan menyebabkan ketidakselesaan seperti sakit tekak, dan batuk batuk.

'aircond' yang dipasang sewaktu di lautan yang panas perlu diselaraskan kepadatan air yang terkandung dalam udara supaya keadaan tidak terlalu lembab yang boleh mengakibatkan badan rasa melekit lekit.

dari segi teknikal udara yang mempunyai kepadatan air yang melampau boleh menyebabkan pam atau kompressor tidak berfungsi. atau mungkin boleh meletup.

hmm, tadi rasa macam banyak isi nak tulis. ok la setakat sini saja ulangkaji saya untuk malam ini, terima kasih kerana sudi membaca. tak faham boleh la rujuk semula buku sains. sebab sebenarnya, sesuatu konsep itu datang dari sekeliling kita.

nak baca buku introduction to marine engineering, tulisan da taylor. buku yang abi beli di nagasaki pada 29/11/2000 dan pada lecture pertama minggu lepas, pup, keluar di slide:

"course largely based on 'introduction to marine engineering', DA Taylor"

orang kerap bertanya "oo, naval architect, nak jadi macam abi ke?",

"tak. nak jadi lebih bagus dari abi."

amin.
alhamdulillah, kalian yang baca secara tak langsung telah meng amin kan saya. jutaan terima kasih.

sekian, terima kasih.

Saturday, January 27, 2007

Telur Beku

siapa pernah makan terlur? siapa suka telur? telur rebus? alhamdulillah, semua suka.

hehe, tadi abang rebus telur. abang rebus dua biji. sebiji abang makan dengan spagetti. sedap.

jadi, bila sudah makan sebiji mestilah tinggal lagi sebiji. ketika itu abang sudah kenyang. kenyang sangat. abang tak tahu nak buat apa dengan telur lagi satu.

abang pegang telur tersebut. pegang. abang pegang dan pegang. abang fikir dan abang fikir. sambil pegang telur abang keluarkan susu dari peti ais.

zup, terlintas satu idea. dulu abang teringat zaid pernah letak kereta mainan dalam peti sejuk. abang pula letak telur. tapi kalau letak telur begitu saja, telur tersebut tak beku sepenuhnya dengan sekata, jadi abang rendam telur tersebut dalam bekas berisi penuh air dan abang simpan dalam peti sejuk.

selepas itu abang sambung buat kerja abang. abang siapkan kerja rumah. abang tak sabar nak tahu apa akan jadi dengan telur abang.

selepas beberapa jam abang ulang alik, buka katop peti sejuk di dapur, akhirnya air yang merendamkan telur abang beku. jadi ais. sudah tentulah telur tersebut juga beku kan?

abang pecahkan ais, abang buang kulit telur. jengjeng, telur beku. hahaha. makan separuh, letak kicap manis, makan lagi separuh. sedap. nanti selepas baca ini, bolehlah cuba.

bila telur masuk ke mulut, turun ke leher, seterusnya ke perut, rasa sejuk saja. akan datang mungkin akan ada orang berniaga telur sejuk agaknya. apa tidak nya, bayangkan ketika hari sukan. tidak anda rasa lazat hanya dengan membayangkannya?

tak dapat bayangkan? saya sudah cuba. saya suka. sedap. anda bagaimana? anda tentukan. sekali cuba pasti mahu lagi.

sekian, terima kasih.

Friday, January 19, 2007

Jadual

mati lah kuman..


inilah sumsa (strathclyde university muslim student association). tempat abang selalu solat ketika di universiti.

kalau hari jumaat, ramai orang datang termasuk bukan pelajar strathclyde sebab lokasi sumsa yang begitu hampir dengan city centre.

Wednesday, January 17, 2007

Lif

hari ini abang buang sampah. sampah dalam tong sampah sudah penuh sangat. di rumah ini, abang tukang buang sampah. abang yang selalu buang.

jadi, sambil memegang beg sampah besar, abang pakai selipar dan keluar rumah. abang tekan butang lif. sedang tunggu lif datang dua orang budak, dari rumah bertentangan keluar. kami sama sama tunggu lif.

sampai ground floor, abang pergi buang sampah di tempat buang sampah dan abang tekan butang lif semula nak naik ke tingkat 12. dua orang budak jiran tadi masuk semula ke dalam bangunan. tunggu lif sekali lagi untuk ke rumah nya.

"its snowing out there. im changing my shoes. hows my shoes?", asked this little girl.
"its snowing? right now? er, yeah, you got nice shoes there. is it new?", i said.
"ya, its new, but its snowing and its not suitable", she replied.

di malaysia, flat, setiap tingkat ada bilik untuk buang sampah. di sini pun ada. tapi tak pernah guna. tidak ada siapa guna. mungkin sebab bila sampah jatuh dari tingkat tinggi, akan mengotorkan tempat buang sampah di bawah agaknya. jadi terpaksa lah turun tingkat bawah.

ramai orang glasgow kata tahun ini mungkin tidak berlaku salji sebab kalau nak diikutkan purata suhu harian tak sejuk sangat. tapi, bila abang sampai rumah cepat cepat abang tengok tingkap. salji mula turun walau tak lebat.

dari tingkat 12 abang dapat lihat jalan mulai putih. tak sabar tunggu hari siang.

Tuesday, January 16, 2007

Sekitar Strathclyde U


Sunday, January 14, 2007

Buchanan Street

Wednesday, January 10, 2007

kertas pertama

pagi tadi peperiksaan pertama abang yang berunsur penulisan. selama ini, hanya peperiksaan matematik saja yang telah berlalu, dan ianya objektif.

objektif senang. tak perlu output dari calon peperiksaan. hanya tahu kira sudah memadai. hanya tahu cara dan jawapan sudah memadai. seterusnya bulat dan hitam kan jawapan.

namun, peperiksaan bercorak penulisan agak mencabar berbanding objektif kerana disamping perlu tahu cara untuk dapat sesuatu jawapan, cara untuk tulis dan membentangkannya supaya ia kemas, dan mudah difahami juga amat penting. susunan juga perlu.

bahasa yang digunakan perlu tepat. istilah yang digunakan perlu tepat dengan maksud yang ingin disampaikan.

bahang cabaran dan cabaran yang lebih sukar dapat dirasakan. perlu lebih siap siaga untuk berdepan dengan perkara perkara yang lebih susah kelak.

walaubagaimanapun, alhamdulillah, peperiksaan pagi tadi berjalan lancar. semua soalan dapat dijawab. abang pasti jawapan abang semua betul. namun, memandangkan ini kertas pertama yang berbentuk penulisan, abang tak tahu bagaimana cara pensyarah tanda dan apa yang dimahukan.

setakat sini saja, sekian.

Thursday, January 04, 2007

Sorry, you were out!



baru dapat dalam tengah hari tadi. tapi tak perasan. dalam jam 1 lebih bari perasan kad ini di depan pintu.

terus abang siap. tukar baju.

abang layar internet. abang cari tempat nak ambil paket tersebut.

abang tengok peta bas. ok. semua siap.

kena naik bas 89. balik bas 90.

abang tunggu bas.


sebelah tempat tunggu bas, ada kubur. puas abang tatap kubur. rasa macam satu hari nak masuk kawasan kubur tersebut lari lari. atau mungkin gelongsor dari atas bukit turun. waktu siang la tapi dan tak hujan.

bas sampai. baju abang basah basah sikit. hujan renyai renyai.

mengikut google map, bagunan royal mail tersebut selepas glasgow tiger.

tepat. selepas glasgow tiger abang tekan loceng. abang turun bas.

abang cepat cepat berlari ke bangunan royal mail. hujan masih turun renyai renyai.

jam menunjukkan pukul 3.30 pm.



abang datang lagi besok.

abang tunggu bas untuk balik. bas 90.

tiba tiba beberapa budak berkumpul berdekatan. mereka beli telur di kedai berhampiran.

seterusnya baling telur telur tersebut ke kenderaan kenderaan di jalan. apabila pemandu kenderaan tersebut berhenti, dan lari mengejar mereka, pantas mereka lesap.

pemandu kenederaan tersebut letih. naik semula kenderaan nya dan sambung semula perjalanan.

budak budak tadi kembali semula. sambung semula baling telur.

bas 90 sampai.

abang tak terus balik. abang ke city centre.

semalam abang beli beberapa barang dan di antara nya gogel renang. tapi sampai rumah bila abang buka beg plastik, gogel tiada. mesti cashier semalam terlupa masuk kan.

jadi, abang pergi semula kedai sukan tersebut.

"excuse me, i bought some items yesterday but when i got home, theres this goggle missing from the plastic bag. i think the cashier didnt put it in. ive got a receipt if you need to check it." i said.

"hold on, ill go and check ya." said this lady i asked.

selepas beberapa minit dia datang dengan gogel abang. dimasukkan nya ke dalam plastik beg, sekali dengan resit. sedikit senyuman, ucapan terima kasih. selesai.

keluar kedai, hari sudah gelap. abang terus balik rumah.



sekian, terima kasih.

Wednesday, January 03, 2007

Jalan Glasgow Kaki



Gambar diambil di antara bangunan Buchanan Bus Station dan Glasgow Royal Concert Hall. Abang pergi ke Buchanan Bus Station tadi. Cadang nya mahu beli tiket bulanan.

"You can renew your card today, but unfortunately it can only be use from this sunday, on the seventh. If you renew it now, we will still give you 4 weeks pass including today which you cant use it until sunday. That means you lost 5 days." the counter guy said.

"Ergh, all right then." i said.

mentang mentang new year, ramai orang datang glasgow. ramai orang masih bercuti. ramai orang guna bas. terpaksa lah, guna tiket biasa, yang agak mahal kalau nak jalan jalan.

abang sudah keluarkan duit dari ATM. mahu beli tiket belum boleh lagi. terpaku abang tak tahu nak buat apa.

fikir. fikir. abang fikir. hehe. apa lagi, shopping la jawab nye. siapa yang suka shopping datang lah glasgow. beberapa hari lepas, sulaiman datang ke glasgow dengan kawan nya dari edinburgh, shopping. kata mereka, di edinburgh tak banyak choice.

kesimpulan nya, abang beli satu helai baju. sato gogel. satu seluar. satu tutup kepala. satu beg sukan. satu buku.

abang beli buku 'The Kid', true story, autobiography Kevin Lewis.

abang suka sangat buku biography atau autobiography.

setakat sini saja.

selamat baca buku abang.

A, B atau C ?

Anda kenal saya?
Saya cucu anda?
Saya anak anda?
Saya abang anda?
Saya rakan anda?

Siapa saya?

Gambar A



Gambar B


Gambar C


Kita kembali selepas iklan untuk jawapannya.


My Stats