Sunday, April 29, 2007

Silap, 2 paper saja.

Assalamualaikum.

beberapa hari lalu, chat dengan abi.

exam abang mei nanti 2 paper saja insyaAllah.

jumaat, semalam, test engineering mechanics.

khamis test, maths.

result test belum tahu lagi.

tapi sure ok, insyaAllah dan exempted untuk exam may untuk 2 paper tersebut.

oleh itu, may tinggal 2 paper saja dan bukan 3 seperti yang abang beritahu lepas.

marine engineering dan marine transportation saja.

hari selasa akan pergi nautical college.

tak sabar.

insyaAllah akan bawa kamera.

tangkap gambar puas puas.

kena charga awal awal.

sampai situ saja, sudah lapar dan badan melekit, baru pulang main bola.

kepada umar, tempuhi setiap masalah. jangan lari. selamat ber-cosmo.

kepada zaid, pmr jangan ingat lama lagi.

kepada asma, baca buku jangan dekat sangat, jangan nak cepat saja, faham masalah.

kepada abi dan umi, akan ku buat yang terbaik.

sekian, terima kasih.

Saturday, April 28, 2007

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku.

Monday, April 23, 2007

5.27 am - 6.17 am



radas:
kamera, buku, kamus, dan novel (tripod). jam.

cara:
gambar ditangkap selang 2 minit.

pemerhatian:
masa adalah tepat.

5.27 am - mula ambl gambar pertama.
5.30 am - tepat, burung tiba tiba bangun tidur dan berbunyi. subhanAllah. semua serentak.

6.13 am - lampu jalan mula padam
6.15 am - hampir semua lampu bangunan sudah padam.

kesimpulan:
kalau sudah terang, tak perlu buka lampu. jimat elektrik.

sekian terima kasih.

Saturday, April 21, 2007

BBC

sedar tak sedar, sebentar lagi belabuh nya siang jumaat. tamat minggu ke-11. tinggal satu minggu lagi. kemudian tamat kelas. peperiksaan bermula 11 mei. 3 sunjek saja. harap nya. minggu depan ada test matematik. kalau cemerlang, tak perlu buat peperiksaan matematik. insyaAllah boleh buat. 2 ujian sebelum ini cemerlang.

tempoh hari, ada orang dari syarikat kapal bbc, datang sekolah. tujuan nya memperkenalkan syarikat nya dan interview bebarapa pelajar tahun akhir. abang saja ikut sekali dengar ceramah. penceramah tersebut bekas graduan strathclyde. seronok dengar. syarikat bbc ini, syarikat charterer. bawa macam macam. dia terangkan bagaimana setiap barang yang dibawa itu dikira. kemudian report. insurans. lawyer. stability. karenah keuntungan dengan keselamatan. hebat. seronok. semakin semangat nak siap kan kerja rumah marine analysis.

ada satu kes, ada orang tempah nak bawak palm tree. hehe. macam lawak je. tapi naval arkitek la kene pikir. nak susun elok2 pokok tu dalam kapal. suhu. kene kasi air selang beberapa minit. baja. kene ade angin. interesting dengar.

kemudian, bile kemalangan berlaku, kene analysis macam mana ia berlaku, dan buktikan bukan salah syarikat di mahkamah. mahkamah pula, bergantung, kalau di bawa ke mahkamah europe, mungkin boleh beri punca alasan yang berlainan. kalau di amerika pula kene cari punca alasan yang berbeza, supaya yang penting tak rugi.

kemudian, ketika buat kapal, ada kes, kapal dibuat sebelah syarikat lain. dan sebelah syarikat lain. jenuh kene pikir, macam mana tanak kasi gaduh, tapi dapat serasi kan design sebab syarikat masing masing ada design tersendiri. contoh ketebalan I plate. akhirnya kapal berjaya disiapkan.

tapi dalam jangka masa panjang, kalau kapal masuk repair, shipyard yg nak repair tu pening kepala. sebelah deisgn lain sebelah design lain.


sebelum ini memang kerap, syarikat syarikat datang strathclyde. kalau tak silap, memang ada slot dalam seminggu, dikhaskan, untuk ceramah dari pihak industri.

ok tu je yg dapat diperah balik dari ceramah semalam.

sekain tirema kisah.

Monday, April 16, 2007

abanghud

kepada pengunjung setia siaran abanghud.blogspot.com kami pihak siaran dengan bangganya mempersembahkan wallpaper idola ramai:



kui kui kui..

Saturday, April 14, 2007

Tug Boat Capsized in Atlantic

The BBC reported a tug boat capsized in the Atlantic, North of Scotland. There were 15 crew member on board. 10 were rescued, but 3 died. The other 5 crew were still unable to find including a 15 year old who is said on a work experience.

The cause of the capsize are still being investigate. However, some sources said, while the tug boat was pulling an oil rig anchor away from the rig, it suddenly made a sharp turn causing the boat in an unbalance situation due to the change of forces acting on the tug boat by the line it was pulling.

Read and watch for more:
BBC Scotland: Boat Capsized in Atlantic

Monday, April 09, 2007

DUKW


abang jumpa kenderaan ini tempoh hari ketika pusing bandar liverpool. memang sesuai untuk search and rescue. sangat sesuai untuk bomba malaysia.

DUKW adalah kenderaan ketika perang dunia kedua. betapa tahan lasaknya kenderaan ini, ia mampu merentas selat inggeris.

DUKW mempunyai kelebihan yang istimewa kerana ia dapat bergerak dua alam sekali. tak perlu susah susah tarik bot. nak simpan lagi. kemudian kalau banjir tak dalam, DUKW masih boleh bergerak. hull bawahnya tak boleh rosak sebab ia bertayar. lebih jimat rasanya berbanding helikopter. dan DUKW dapat lebih masuk celah celah bangunan dan dapat search and rescue lebih efisyen.

bencana di new orleans akibat ribut katrina menyebabkan kenderaan DUKW ini telah diguna pakai secara meluas pada 2005.

DUKW adalah antara kenderaan yang bole mengempiskan tayarnya suapaya lembut dan dapat bergerak di pasir, dan juga dapat mengeraskan tayarnya suapaya dapat bergerak di jalan tar yang biasa. proses di kontrol dari dalam.

keadaan cuaca akan datang menjanjikan perubahan yang tak terjangka dan tak terkawal. seperti contoh bajir besar Johor. kalau berfikiran bisnes DUKW bukan saja dapat di pasarkan di malaysia, tapi mungkin vietnam yang mana bandar besarnya di sungai mekong. malah, kebanyakan bandar bandar besar di asia tenggara berdekatan dengan sungai. sudah tentu potensi kenderaan DUKW ini menambat hati agensi bomba di negara masing masing.

bukan sekadar itu, kenderaan ini rasanya masih lagi tak popular di asia sendiri. china mempunyai rekod pencemeran yang agak buruk. setiap tahun sungai besar di china yang abang lupa namanya di tahap kritikal. namun disebabkan ekonomi perindustrian china yang sangat pesat, mustahil pencemaran alam sekitar china dapat diatasi dalam masa yang terdekat.

dunia hanya menuggu masa saja untuk bencana alam seterusnya berlaku. sama ada kita bersedia atau tidak. atau hanya tunggu dan lihat.

sekian terima kasih.

Projek MRR II

petang semalam sedang menikmati kopi di warung tesco, kelihatan seorang tua menghapiri abang. berpakaian segak. rambut disikat rapi. bercermin mata. bermisai.

dia duduk di kerusi depan abang. abang tercegat. siapa ini? dihempapnya beg hitamnya di atas meja.

"kamu orang malaysia" katanya.

"ya" jawab abang ringkas.

"kamu amat berpengelaman MRR II bukan?" soalnya.

"ya" jawab abang ringkas lagi.

"saya pete kirkintiloch" kata pete.

"pit kirkintiloc?" mengulangi namanya.

"sebut betul betul. pit kirkintilokh. itu ejaan gaelic. 'ch' itu sebutannya macam kha' dalam bahasa arab. sebut biar bergetar halkum" balasnya agak marah.

"apa yang tuan mahu?" abang bertanya pelik.

"saya ada projek. glasgow city council dalam pembinaan flyover di west end. tapi kami menghadapi masalah. masalahnya sama seperti apa yang saya suatu kali dulu melihat di television. berita di malaysia. datuk seri samy velu di muka television. tentang jambatan longgar dan retak. kami kini menghadapi masalah yang amat serupa. saya difahamkan saudara hadzaifah dulu setiap hari menggunakan MRR II. dari sebelum jambatan itu dibaik pulih, ketika pembaik pulih dilakukan dan pada peringkat akhir proses baik pulih." cerita pete panjang.

"pertama sekali tolong sebut nama saya betul betul tuan pete. nama saya ejaan melayu. nama saya nama sahabat nabi. saya tak suka anda sebut dengan pelat. nama saya 'hoodzayfaah'. ada hukum mad di situ. biar panjang sedikit. mulut biar buka besar. sebut biar jelas. usah sebut seperti malas buka mulut. keduanya, saya amat berbangga kerana tuan pete sedia untuk menerima khidmat nasihat saya. saya amat berbangga. saya bersedia untuk projek tuan" kata abang pula

"bagus bagus hadzaifah. oh, maaf. hoodzayfaah. kami tiada peruntukan khas. semua kerja atas inisiatif sendiri. bahan boleh cari pakai buang yang ada disekeliling. tiada tempoh masa. take your time. buat dengan cermat. saya pergi dulu. saya bayar kofi encik ya. selamat tinggal" sambil pete berlalu pergi.

jejantas satu dan dua dibina dengan tiada masalah. jejantas ketiga asalnya sebahagian dari jejantas kedua. tapi diebabkan kontraktor diberi maklumat yang agak sesat, jejantas ketiga terpaksa dibuat dengan memotong sedikit jejantas kedua. jimat kos. kita dapat lihat jejantas kedua tiada tiang pada hujungnya. ini juga disebabkan kontraktor lupa.


disini seorang pekerja diimport dari india sedang membuat jalan.


anda dapat lihat tiang MRR II tersebut.


kereta ujikaji terbalik. struktur agak lembut. perlu dinilai semula.


masalahnya sekarang, encik hudzaifah sudah mati kutu memikirkan cara untuk kereta gelungsur ke jejantas ketiga tanpa bounce balik dan jatuh supaya ia dapat bergerak lancar dan meluncur untuk jjantas yang seterusnya.

prifesional di luar sana? civil anyone? makbusu? musab?

Masjid Al-Farouq

abang baru pulang dari masjid al-farouq di govanhill. dalam 30 keluarga melayu di govanhill dan oleh yang demikian mungkin lebih mudah agaknya sambutan maulidur rasul diadakan di situ.

pada awalnya, bas mini disediakan untuk mengangkat para hadirin ke masjlis berkenaan dan memandangkan abang tiada pengangkutan, abang telah menempah satu tempat duduk. namun yang demikian, tiba saat akhir, pagi tadi rifki telefon, dan minta abang pergi sendiri naik bas sebab semua yang lain dalam kawasan sighthill dan charles street sudah pun mempunyai kenderaan pensendirian masing masing. memandangkan hanya perlu ambil abang seorang saja, amatlah tidak berbaloi untuk satu mini bas diisi dengan seorang saja penumpang.

abang turun, dan mengambil bas 12 ke govanhill. abang tak tahu masjid al-farouq di mana. cadang hendak ke rumah bujang di govanhill dulu sebelum ke masjid. tiba di rumah bujang, tiada orang. semua kerja agaknya.

abang tanya pejalan kaki bedekatan, rupa rupanya dekat saja. tak sampai 100 meter. bekas gereja yang telah dibeli oleh orang islam itu telah ditukar kepada masjid.

abang sampai terlampau awal.

hafiz panggil abang dan bertanya jika abang kenal seorang muda di sebelahnya. abang geleng. budak al-amin katanya. oh, tidak abang sangka. umurnya 14 tahun. baru sampai dalam akhir tahun lepas. teman ibunya buat phd. amirul aiman namanya. ibunya bernama rahimah? lebih kurang la kot. rasanya. lemah betul bab ingat nama orang ini. ibunya dan dia kirim salam.

penceramah hadir dari malaysian student department, msd, dari london.

untuk mencintai Nabi Muhammad itu, mestilah juga kita tahu, kenal dan hayati Nabi Nabi terdahlu. Mustahil jika kita kata kita cinta Nabi Muhammad jika kita tak tahu akan sirah Nabi Nabi terdahlu. kita mesti tahu kronologi. seperti contoh, jika diperhatikan wajah seorang anak itu, kita dapat lihat bentuk hidungnya mungkin seperti ayahnya. mata seperti ibunya, telinga seperti datuknya, atau raut wajah itu sendiri mungkin seperti nenenknya. kita cinta anak kita kerana kita bangga ia mempunyai ciri ciri wajah kita. bayangkang jika seorang anak itu tiada langsung rupa kita, sudah tentu kita berasa amat pelik. sama juga dengan Nabi kita Muhammad s.a.w tuan tuan dan puan puan. untuk kita bangga dengan Nabi kita, kita juga mesti tahu Nabi Nabi yang terdahulu.

tuan tuan dan puan puan, kemudian, sunnah Nabi. selepas al-quran, sunnah Nabi adalah panduan hidup kita. bab ini selalu dengar di malaysia, jadi tak banyak yang dapat tangkap.

kemudian, saudara dan rakan rakan sekalian. Zaid bin Harithah merupakan anak angkat yang amat disayangi Rasulullah. Rasulullah amat sayang Zaid. Namun begitu, Baginda tidak menukar berbin kan Zaid ke Zaid bin Muhammad. walaupun begitu, disebabkan betapa kasihnya Rasulullah terhadap Zaid, sehinggakan tercetusnya nama Zaid bin Muhammad oleh penduduk sekeliling. kemudian turunlah firman Allah s.w.t, bahawa anak angkat tetap berbin kan bapanya dan tidak boleh di bin kan pada orang lain. ini menunjukkan betapa sifat Rasulullah itu sebagai seorang yang penyayang. seorang yang pengasih, sedangkan Zaid itu hanyalah anak angkat baginda, lebih lagi ia dari golongan hamba.

ada lagi satu point, tapi sudah lupa. ada empat point.

seterusnya majlis ditutup dengan berselawat ke atas Nabi, dan kemudian makan.

banyak makanan lebih. abang minta satu paket full pakej. alhamdulillah, ada makan malam. walaupun di rumah masih ada lauk lagi. haha. tamak tamak.

sekian terima kasih.

Friday, April 06, 2007

maudlidur rasul

abang pergi sembahyang jumaat di sumsa tadi. tajuk khutbah tidak lain dan tidak bukan tentang Nabi tercinta kita, Nabi Muhammad s.a.w. betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai seorang islam, dan mempunyai tokoh yang tiada tandingannya. pelengkap kehidupan kita selepas al-quran ialah hadis iaitu cara hidup baginda s.a.w. oleh yang demikian, tidak wajar jika kita tidak menyambut kelahiran baginda dengan cara bersyukur pada Allah s.w.t atas Rasul yang diutus.

selesai sembahyang jumaat, abang tak terus pulang ke rumah. abang bercadang ke bestkebab, mahu beli chips. lapar. chips murah. bestkebab dekat dengan university dan halal. sedang abang berjalan, ternampak seorang lelaki. memang biasa lihatnya di sumsa. setiap kali solat berjamaah di sumsa mesti dia ada. mustahil abang tak perasan. mungkin begitu juga pada diri lelaki tersebut. mungkin dia juga perasan abang. abang lari lari anak. abang kejar dia. abang tegurnya. abang sapa dan ucap salam.

kami berborak. namanya abdul wajid, dari pakistan. sedang belajar di strathclyde dalam mtematik, phd. kami berborak dan berborak dan akhirnya sampai ke beskebab. abang pesan chips abang, abdul wajid pesan burgernya. tiba abang mahu keluarkan duit mahu membayar, dia hulur wang kertas pada juruwang lantas berkata dia belanja.

hehe. rezeki jangan ditolak. alhamdulillah. dapat kenal sahabat baru, dapat makan percuma tengahari.

beskebab tiada kerusi kosong lagi. semua penuh. tak banyak kerusi pun. jadi kami keluar, abdul wajid ke ofisnya abang ke george square. katanya, tiada istilah cuti walaupun university cuti. kerja banyak. sambil makan sambil buat kerja katanya.

selamat tinggal, assalamualaikum, dan seterusnya abang ke george square, menikmati makan tengahari seorang diri, ditemani pengunjung pengunjung burung merpati di situ. seekor demi seekor cuba menghampiri abang mencuba nasib mungkin abang akan berkongsi makanan. hah, jangan harap. lapar. haha.

agak ramai orang di george square. ketika hampir saja menghabiskan sisa sisa akhir chips abang, datang seorang tua, duduk sebelah abang, membuka bekalan yang baru dibeli dan menjamu seleranya.

dia tegur abang. abang tegur balik. memang tiada topik lain selain cuaca jika mahu memulakan perbualan di scotland. hari ini cuaca biasa saja. tidak cerah, tidak juga bagai hendak hujan. angin sepoi sepoi. tapi semalam cuaca sangat menarik kata abang. dia angguk, bersetuju. semalam panas. sedap berjemur. rasa rugi kalau tak keluar dan berjalan jalan. padanlah mat salleh pantang mahu berjemur bila dapat cahaya matahari. bagai monyet dapat bulan, bagai paus mencari rumpai. haha, ade ke pepatah tu?

hujung minggu ini ada majlis maulidur rasul di govanhill. di mashid al-farouq kalau tak silap.

cukuplah setakat ini saja, dalam satu jam, library akan tutup. baik abang siapkan dulu kerja yang dirancang sebelum kena halau.

sekian terima kasih.

HowStuffWorks

sudah lama abang tak melayari lamanHowstuffworks. sejak kewujudannya sekitar tahun 2001, laman howstuffworks banyak memberi input menarik. oleh demikian, bilangan pengunjung ke laman tersebut semakin hari semakin ramai dan menyebabkan semakin hari semkain perlahan akses ke laman tersebut. ini menyebabkan, laman tersebut menjadi bosan bukan kerana isi dalamnya tapi kadar kelajuan untuk mengaksesnya.

namun begitu, kini laman tersebut sudah bertukar wajah. dulu warna tema yang digunakan adalah kuning kini, biru sedap mata memandang. kadar kelajuan bertambah laju, dan yang menarik, banyak video dan animasi berbanding dulu. laman tersebut memang baik untuk bukan sekadar untuk pelajar tapi juga untuk semua orang yang mempunyai talian internet.

selain membaca akhbar online, laman tersbut boleh dijadikan sebagai santapan pembacaan untuk masa lapang. dari masakan, kereta, komputer dan hiburan, kita dapat tahu sesuatu bukan sekdar dari muka depan tapi isi dan fungsi dalamannya sekali. bahasa inggeris yang digunakan pula mudah dan ringkas, dan bukanlah tahap pembacaan yang sirius.

pada pendapat abang, amat penting untuk seseorang tahu akan semua perkara dan benda yang ada di sekeliling kita. tapi amat mustahil untuk tahu semuanya, dan oleh itu, asas dan sejarah sesuatu itu sudah memadai kerana yang selbihnya dapat diketahui dalam perjalanan kehidupan seharian dengan cara langsung mahupun tidak. sebagai contoh, dengan tahu sedikit bahagian enjin, dapat dikaitkan sedikit sebanyak ketika enjin rosak dan ketika pembaikan. dengan tahu sedikit sebanyak fungsi komponen komputer, dapat agak bahagian mana yang mungkin masalah jika rosak. dengan tahu sedikit sebanyak bahagian mesin basuh, senang keluarkan syiling jika tersangkut. haha. dengan tahu sedikit sebanyak sejarah iran, baru dapat memahami politik dunia iran, dan boleh ambil apa yang baik dari mereka dan bukan sekadar melempar kata kerajaan syiah langsung tak boleh diikuti.

abang suka berfikir dan mengaitkan antara satu dengan yang lain. bila sesuatu berlaku di sekeliling kita, amat menarik jika kita dapat membuat sedikit pembacaan dan seterusnya menjangkakan apa yang akan berlaku selepas itu. mungkin jangkaan tak tercapai dalam esok atau seminggu selepas itu, tapi mungkin setahun atau dua. tapi bila ia berlaku, dalam hati, abang boleh bangga berkata sendiri, "satu jangkaan yang aku buat dulu kini berlaku". terasa seperti saintis. seperti ilmuwan. siapa kata hanya bijak pandai professor saja boleh berfikir dengan kritis. semua insan diciptakan akal oleh Allah, dan amat rugi jika tidak berasa gatal dengan situasi sekeliling.

oh, sebenarnya abang cari tentang perbezaan disel enjin dan enjin gasolin tadi di howstuffworks. entah topik jauh pula melencong. entahlah, minat sejarah, minat falsafah, adakah suatu hari nanti abang mungkin bergelumang dalam dunia politik? siapa tahu. gaya sudah ada. haha.

perbezaan antara enjin disel berbanding enjin gasolin ialah ketika proses pembakaran. enjin disel tidak ada palam pencucuh. atau nama popularnya spark plug. enjin disel terbakar kerana mampatan udara yang cukup tinggi menyebabkan udara yang dimampatkan panas, dan seterusnya jika sedikit minyak disel di sembur boleh menyebabkan letupan. sebaliknya, enjin gasolin minyak dan udara dicampur terlebih dahulu dan kemudian baru dimampatkan. seterusnya barulah tugas palam pencucuh untuk memberi cucuhan api dan kemudian letupan berlaku.

hal ini dapat berlaku kerana, perbezaan sifat minyak disel dan gasolin. jika diperhatikan, minyak disel lebih pekat, dan berbau lebih "kaw" dari minyak gasolin. ini kerana, ketika proses pmprosesan minyak dari dasar laut, minyak disel dapat dihasilkan dengan lebih murah berbanding minyak gasolin. oleh kerana inilah di malaysia, minyak disel lebih murah berbanding minyak gasolin.

namun di uk, minyak disel lebih mahal berbanding gasolin, dan ini mungkin disebabkan faktor kerajan uk untuk mengurangkan kenderaan disel bagi mengawal kehijaun udara alam sekitar.

hish, memang banyak rasa mahu boleh ditulis. pernah teringat kata umi "usah risau. permulaan itu penting. selepas itu idea akan datang dan datang. kita akan bercakap dan bercakap. dan jika dalam konteks menulis, rasa mahu tulis lagi dan lagi".

itulah kelebihan blog terutamanya blog persendirian, atau diari yang mana tiada sebarang skop spesifik untuk menulis. apa yang terlintas di minda, dapat diluahkan di papan elektronik ini. tiada permulaan mahupun pengakhiran. selagi tangan tidak sakit, mata masih celik, minda masih waras, punggung masih tidak panas, selagi itulah papan kekunci tak henti berbunyi tup tap tup tap.

adui, punggung sudah panas, sekadar sini saja.

sekian, terima kasih.

Tuesday, April 03, 2007

Abang, Umar.

sebenarnya sudah lama abang dapat gambar ini dari umar. memang abang ada bercadang mahu letak do blog. tapi setiap kali online, asyik terlupa. bila abang tengok saja gambar ini, abang teringat ketika waktu kecil. tak semua abang dapat ingat, tapi sempena cuti easter ini, abang masih tidak boleh lupa umar pernah dikurung umi di luar rumah ketika di glasgow dulu. hehe. rumah tak besar, tidur pun di satu ruang kecil. ada sekali, jiran beri coklat telur besar. abang dan umar gembira sangat. jarang dapat makan coklat. sekali dapat, besar pula.




di korea pula, habis satu rumah abang dan umar kerjakan. sofa yang empuk, jadi lembik kerana dilompat-lompat. grill heater habis dicabut, buat jadi senapang. kalau waktu perang, sofa ruang tamu diterbalikkan, meja disengetkan, selimut jadi atap, sembunyi dalam kononya khemah yang dibina. tapi umi dulu garang. selagi tak kemas balik, petang tak boleh keluar main.
ingat juga umar potong wayar peti sejuk. semua orang pelik, kenapa peti sejuk tak sejuk sejuk. bila abi periksa, wayar telah dipotong. umar kata bes tengok sparks yang keluar. macam power rangers. haha.








abang dan umar tak pernah gaduh sejak kecil. ada yang kurang diimbang inmbang, ada yang lebih dikongsi kongsi. walau nakal mana umar dulu, sangat manja dengan umi. terima kasih, kerana sudi kongsi gambar dengan abang. abang tahu umar rindu abang. umar rindu masa kecil kan? rindu umi peluk kan? hehe. malu malu plak.

sekian terima kasih.


My Stats