Friday, December 28, 2007

Strathclyde 70




di atas merupakan yatch abang dan kawan-kawan abang design. rupa-rupanya strathclyde university ada pertandingan model yatch sendiri dengan strathclyde 70 sebagai peraturan asasnya.


strathclyde 70, di mana 70 bermakna panjang yatch tidak boleh lebih dari 70 cm.


abang dan rakan rakan design yatch tersebut dengan maxsurf. software khusus untuk design pengangkutan laut. segala pengiraan, seperti area dan hydrostatics dapat dikira dengan mudah.


selepas design di dalam maxsurf, drawing akan dipindah ke dalam bentuk auto cad.


dalam cad, drawing akan dihantar ke hydrodynamic lab di acre road untuk membuat hull seperti yang diinginkan. hull dibuat dengan foam.


semester ke dua nanti hull akan dicat, akan pasang layar, pasang rudder, fin, bulb dan remote control instruments di dalam hull.


model yatch nanti bila siap akan diadakan pertandingan di paisley. kira kira ada 10 kumpulan bermakna 10 yatch akan dipertandingkan.


bagi kumpulan abang, tidak seorang pun yang mempunyai mengemudi yatch, atau skipper. jadi kami perlu lah siap yatch dengan segera dan berlatih untuk mengawal sail, rudder mengikut angin.




di atas adalah contoh yatch yang telah siap yang dibuat oleh pelajar atau peserta yang lepas.


My Stats