Sunday, February 25, 2007

esc 2007

kring kring. kring kring. telefon bimbit abang berbunyi. abang bangun dari sofa empuk. seperti biasa tv masih terpasang. abang tarik selimut. sejuk. abang balut kuat kuat. malas betul rasa mahu bangun. hari minggu pula. abang terlena. tidak beberapa lama kemudian abang terjaga semula, lihat telefon bimbit. 6.30 pagi. tv masih abang tidak tutup. biar. abang suka. biarkan ia buka sepanjang malam pun tak mengapa. rasa tak sunyi, buka mata ada orang sambut dengan senyuman. pemberita bbc tak jemu menyampaikan berita. ya lah. recorded. dok ulang berita sama. sampaikan kadang kadang sudah hafal berta untuk malam tersebut. beri kan abang pen dan kertas akan abang tulis semuanya dari awa hingga akhir.

abang bangun. panaskan kuali. abang ambil wudhu. sembahyang subuh. selesai, abang masak burger dalam microwave. half cook, goreng dalam kuali. biar ia garing garing. sedap. nota malam sebelumnya abang baca. abang lihat satu persatu beberapa perkara untuk disiapkan sebelum keluar rumah. siap baju tracksuit. bawa boot. bawa botol air. bawa henpon. bawa walet. masak burger untuk sarapan. bawa jacket tebal. antara beberapa perkara abang ambil nota malamnya. sebelum tidur.

siap siaga. jam menunjukkan pukul 7.25 pagi. abang turun flat. berjalan ke charles street. flat abang hafeez. tiada siapa. jam henpon menenjukkan pukul 7.30 pagi. mahu kepastian abang telefon hafeez. betul. 7.45 pagi. charles street. kumpul. huh. abang awal sangat. abang sungguh bersemangat. tak tahu apa mahu buat, abang jalan jalan pusing pusing kawasan charles street. oh, ada kedai. abang beli coklat. snickers. abang suka. sedap. abang tak makan. abang simpan dalam beg. buat bekalan.

kira kira jam 8 lebih pagi, ezrol tiba. khai telepon, kata nya tunggu di stesen minyak tesco. oleh itu, kami bergerak ke stesen tesco. ezrol isi minyak keretenya.

bergerak menuju edinburgh.

sampai kira kira jam 9 pagi. maklumat dari organizer mengatakan game bermula jam 9.30 pagi. dalam setengah jam, sempat kami pusing pusing carboot sale berhampiran dengan bakal gelanggang pertarungan. kecil. tak bes. tiada apa sangat. jalan ppulang semula ke gelanggang. masih tidak nampak batang hidung penganjur. jam sudah lebih 9.30 pagi. sabar. sabar. dan bersabar.

dalam jam 12, glasgow2-tupai terbang mula permainan pertama. gelecek. tendang. rembat. terbang. pusing. semua aksi ada. lawan. lawan dan lawan. main main dan main. alhamdulillah, tupai terbang berjaya berada dalam dua kumpulan terastas dalam kumpulan. semangat makin bergelora. jiwa membakar. tapi dalam masa sama, rasa sungguh tertekan.

tupai terang berjaya masuk division satu. kerana berada antara teratas dalam kumpulan. ini bermakna kumpulan kumpulan lawan kini semakin hebat. mereka semua sudah tentu antara yang teratas dalam kumpulan.

quarter final. glasgow2-tupai terbang akan beraksi lawan dengan kumpulan notts. singkatan untuk nottingham. notts team mempunyai sejarah yang cukup boleh dibanggakan kerana telah memenangi edinburgh super cup, esc, pada tahun lepas. dan tahun lepas lepas. dan juga tahun lepas lepas lepas. dipendekkan, mereka juara tahun lepas. dua tahun lepas. dan tiga tahun lepas. tetapi pemain datang dan pergi. pemain dulu, kini mungkin sudah bertukar.

penjaga gol, menghantar bola pada abang. abang suka. abang tendang kuat kuat. harap harap dapat menerjah benteng benteng lawan , tembus, dan terus gol. oh tidak. tak semudah itu. oleh kerana, tendangan abang kuat, terkene penyerang pasukan notts, kemudian terpantul semula, masuk gawang gol gol! gol! dan gol!. masuk gol kumpulan abang sendiri. oh, betapa hampanya. tekanan begitu perit. susah hendak digambarkan dengan kata kata.

tapi prinsip tupai terbang, sepandai tupai jatuh ke tanah, pasti mesti boleh terbang semula. tiada istilah angka dalam perlawanan. ketua telah menasihatkan, selagi berada dalam kandang permainan, sentiasa fikir beza mata masih 0-0, walaumacam mana pun, kita ketinggalan mahupun kita berkelebihan.

dush. shuk rembat. masuk ke gawang lawan. kini mata satu sama. main dan main akhirnya masa tamat. penalti jawabnya.

akhirnya, kami berjaya memasuki semi final.

bangga. suka. gembira. ye la, sudah training dari hujung tahun lepas. sudah set kumpulan dari hujung tahun lepas. glasgow 1 dan glasgow 2. sudah rancang dan merancang. sudah belajar dan belajar. sudah berlatih dan berlatih.

semi final perlawanan mudah. corak permainan amat baik. posisi amat teratur. dan akhirnya berjaya menamatkan permainan dengan kelebihan mata 2-0.

final.

hati berdebar debar. jantung degup laju. mulut kumat kamit mambaca mentera. final devision 1. final segala final. keadaan semakin tertekan.

tapi abang?

abang rilek saja. abang cool.

hehehehe.

main dan main. kali ini lawan dari manchester. huh. dari england. england dan scotland berbeza. bagai bumi dan awan jarak keegoaan para pemain. takkan mahu biarkan piala pusingan dibawa balik ke england sedangkan permainan tajaan scotland? huh, asobiyah sungguh.

namun yang demikian, disebabkan kecedaraan anggota anggota tupai terbang, kami bermain agak kuyu. namun tidak mengaku kalah. permainan masih rancak. jiwa masih berjuang. namun tempo berkurangan. dush. satu. dush. dua.

apa boleh buat? banyak veteran tupai terbang, lutut sungguh longgar. kecederaan dan kecederaan. hehe.

tapi tak mengapa. dapat juga medal. runner-up, first devision.

siap siap. kemas segala jacket. baju. boot. makan tengahari briyani apentah nama dia. briyani usa? huh. tak tahu lah nama dia. ditaja oleh kelab umno, dan dimasak oleh warong. kendalian abang haizal. memang dia operate warong pon. call je, nanti makanan sampai. macam aladdin.

pulang dengan penat. kaki lenguh lenguh. sekarang masih tidak terasa. tapi dapat bayangkan hari isnin nanti jalan ke kelas kengkang kengkang. haha.

sekarang boleh lah tidur dengan lena. edinburgh super cup punya pasal, kerja rumah, assignment, report, sudah siap sebelum jumaat. kalau setiap minggu ada cup kan bagus? exercise autocad dan mathcad boleh tanya kawan. dalam kata lain, meniru dengan secara bijak. apa guna kawan kalau bukan untuk mengajar mereka yang lemah bukan?

sekian terima kasih.

Friday, February 23, 2007

lirik lagu redhalah aku.

suasana pagi makin berseri seri
bila matahari mula menjenguk diri
terlukis keindahan, dalam keharmonian
terpamer kekuasaan Ar-Rahman

burung burung berkicau dicelah pohon hijau
menitislah embun dari hujung dedaun
lembut bayu menyepa bagai membelai jiwa
menggilap dosa dosa yang tersisa

redhalah aku hanya pada mu
dan kurniaan kehidupan rabbani
redhalah aku hanya pada mu
dan limpahan ni'mat di bumi ini

keindahan alam, keindahan islam
kemanisan iman ni'mat yang disyukurkan
persada kecintaan takwa jadi hiasan
biarpun kehinaan di mata insan

segala keperitan jadi rencah perjuangan
itulah sunatullah dari zaman rasulullah
biarpun tumpah air mata dan darah
tak peduli demi cinta ilahi

redhalah aku hanya pada mu
dan kurniaan kehidupan rabbani
redhalah aku hanya pada mu
dan limpahan ni'mat di bumi ini

keindahan alam, keindahan islam
kemanisan iman ni'mat yang disyukurkan
persada kecintaan takwa jadi hiasan
biarpun kehinaan di mata insan

segala keperitan jadi rencah perjuangan
itulah sunatullah dari zaman rasulullah
biarpun tumpah air mata dan darah
tak peduli demi cinta ilahi

redhalah aku hanya pada mu
dan kurniaan kehidupan rabbani
redhalah aku hanya pada mu
dan limpahan ni'mat di bumi ini

wahai teman teman majulah ke hadapan
islam takkan kalah begitu janji allah
kemenangan milik kita, syahid adalah cita
syahid adalah cita..

redhalah aku hanya pada mu
dan kurniaan kehidupan rabbani
redhalah aku hanya pada mu
dan limpahan ni'mat di bumi ini

abang tahu umi suka lagu ini. lagu yang tiada instrumen. dapat dengar jelas apa yang dinyanyikan. umi suka. abang pun suka.

sekian terima kasih

Telefon

pada hari selasa yang lepas telah bermula kelas matematik baru. pada hari isnin ada peperiksaan matematik. maka pada hari selasa kelas matematik telah bermula dengan tajuk baru bersama guru baru. muda. baru tamat phd. agak berisi. perempuan.

cara beliau ajar berbeza berbanding dengan guru yang mengajar dari minggu pertama hingga minggu ke empat. beliau ajar tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu cepat. dan tidak juga terlalu lambat. atau perlahan. beliau ajar dengan lebih teliti, dan jelas. sekejap sekejap bertanya respon dari pelajar.

abang duduk di tengah tengah dewan. abang duduk seorang seorang.

selepas kira kira setengah jam berlalu terdengar bunyi deringan telefon bimbit menyanyikan lagu ntah apa abang pun tak tahu. kuat. bunyi yang dari belakang dewan itu amat kuat hingga guru di depan juga dapat mendengarnya. guru berasa amat marah. guru tidak suka macam macam bunyi ketika ajaran di sampaikan. kulitnya yang putih bertukar merah.

"saya pernah mengajar dalam kelas yang banyak bunyi telepon. suatu hari saya bawa baldi air dan bila mendengar bunyi telefon bimbit, saya rampas dan celup dalam baldi macam biskut." kata guru tadi.

beliau sambung mengajar.

semua murid diam. yang sebelumnya berbisik tak berani mengeluarkan suara apatah lagi yang sebelumnya berborak kuat.

tak lama selepas itu, selang beberapa minit bunyi lagi deringan telefon lama. "kring, kring, kring". guru menoleh melihat belakang. diperhati raut wajah satu persatu murid muridnya. tapi deringan masih berbunyi.

abang toleh belakang. orang belakang tengok abang. abang toleh, pusing melihat 360 darjah. semua dalam dewan tenung abang.

oh, telefon abang rupanya. masa masa begini pula ada orang telefon. amat jarang sekali orang telefon abang. abang seluk poket. mencari cari punat. tup. berhenti. sudah tiada bunyi.

seluruh dewan tergelak.

guru hanya menggelang, senyum.

sekian terima kasih.

Tuesday, February 20, 2007

Lagu Lama


bukan senang mahu cari lagu ini. susah payah abang cari di google. macam macam nama abang cari. akhirnya jumpa juga.

Friday, February 16, 2007

selamat hari lahir

selamat hari lahir abang. moga allah cucuri rahmat dan keampunan. al-fatihah. sempena hari lahir abang, tadi abang pergi kedai kebab. dekat dengan buchanan gallery. halal. abang makan lamb kebab. kebab nya banyak. satu bekas polisterin, penuh dengan daging. abang makan seorang diri saja. abang suka bersendirian. tenang. harmoni.

abang makan. makan dan makan. ambil masa juga makan. sampai letih letih kunyah daging. merah pipi abang. hehe. akhirnya habis juga.

sebab kenyang sangat, sudah tak larat jalan. abang ambil bas. abang balik rumah. pening. tidur.

itu saja mahu cerita. terima kasih abi, umi dan asma kerana ucap selamat hari lahir. walaupun, abang tak ingat hari lahir asma, dan tak ucap pun tahun lepas, tapi asma ingat juga hari lahir abang. abang zaid dan abang umar ingat juga, tapi malu nak ucap tu. hahaha.

okla, pening.

sekian terima kasih.

Wednesday, February 14, 2007

Abang Yang Banyak Masa

abang sekarang dalam bilik komputer di na-me department. bangga oo menjadi salah satu pelajar berada di department ini. tak seperti department lain, na-me tak besar. kecil saja bangunannya. tapi ntah abang pun tak tahu, rase macam bes saja. mungkin sebab tak semua pelajar boleh masuk bangunan henry dyer ini. pelajar na-me yang ada kad saja boleh buka pintu automatik bangunan. tak seperti bangunan lain yang boleh masuk dan keluar sesuka hati. haha.

sejam yang lepas, kelas marine application and analysis telah berlalu. di lab komputer ini. kelas introduction to marine engineering hari ini dibatalkan. jadi hari ini abang ada kelas ini saja. itu pun sudah habis. dan kini abang tak tahu mahu buat apa. walaupun pagi tadi abang sudah menulis blog, abang rasa macam seronok mahu menulis lagi.

kelas marine application sungguh dapat merapatkan ukhwah. hehe. ini kerana lecturer tersebut amat kedekut untuk menolong. katanya dia cakap sekali saja. selepas itu tanya semula memang cari gaduh dengan dia. habis kene leter. hehe. bukan itu saja tekanannya, kerja yang diberi pula bukan main sekejap tempoh masa yang diberi. kelas marine application and analysis ini tiada peperiksaan. cuma peperiksaan saja. hehe. apa abang cakap ini. maksud abang, tiada peperiksaan hujung semester.

sebabnya, kerja yang diberi berbentuk komputer. kemahiran menggunakan aplikasi program mathcad. semester pertama, kami belajar guna microsoft excel. nampak senang. tapi cari pemeriksaannya, setelah siap kerja yang diberi, kita perlu jumpa lecturer, dan one on one dengannya. banyak pula soalan dia tanya. tapi kalau betul betul kita buat sendiri, tentu kita faham. ada kawan kawan abang yang copy paste saja kawan lain punya. bila kena semak, kelang kabut nak jawab tak faham. hehe.

tapi sekarang sudah taktik nya, sebelum pergi pastikan betul betul faham. oleh sebab lecturer yang susah difahami ini, abang pun kadang kadang tak faham. dan bila abang tulis nih pun, anda faham ke baca? kikiki.

siapa kata dalam kelas kena duduk diam diam? bila kelas marine application nih, abang kerap kali melompat lompat. dari satu tempat ke tempat yang lain. tanya sini tanya sana. ya la, lecturer susah sangat. tapi bagus la, abang dapat banyak berborak dan biasakan diri berkomunikasi dalam kumpulan. dapat betul betul faham tugas, dan masalah yang diberi dengan cara berbincang dengan rakan. dalam masa yang sama dapat ramah mesra. yeyeye, hah, macam pasar saja. borak sana borak sini. macam rumah terbuka pon ada. masing masing time tuh gak nak makan breakfast, dengan sanwich nye, susu nye, jus nye.

sekarang abang dah tak tahu nak buat apa. tinggal satu saja assignment abang sekarang ni. eh ada dua. baru tambah. satu marine transportation, kena tulis essay tentang "how canals change shipping industry". lagi satu kena buat report tentang kerja mathcad yang telah dibuat.

tahu kah anda zaman zaman cina dulu kala lama lama sangat abang tak tahu tahun berapa, ada seorang raja cina telah buat sungai palsu, atau canal, dari beijing ke Hangzhou. panjang tu. dan masih dikira panjang untuk zaman ini. bila tengah buat assignment ini, abang terfikir kalau malaysia buat canal kat utara, potong itu sempadan antara thailand, habis bankrup singapore.

abang cari di youtube dan jumpa klip di bawah:


Taken in 2001 the biggest vessel to visit the Clyde was the BUNGA SAGA LIMA. She docked in the KGV and was carrying only a few thousand tons of animal feed. The tugs did a magnificent job


huh. bunga saga lima?

tak menarik?

menarik la.

ini lagi satu clip kapal, lalu di cape horn. rasa tenang saja jiwa lihat lautan luas. dan kita di tengah tengah.
tapi ada juga clip ketika sedang ribut. kapal bergelora kiri kanan depan belakang. tapi macam seronok. sekali seumur hidup, abang mahu naik kapal berlayar jauh.

sudah 4 minggu



tup tap tup tap, kini sudah minggu ke-4. tiga minggu sebelum, semester ke-2 bermula. rasa sekejap saja. betapa masa lalu begitu cepat. tapi adakah telah kita gunakan dengan sebaik baiknya?


tiada apa apa menarik dalam kehidupan abang kebelakangan ini. hidup harian seperti rutin biasa. pagi ke universiti, petang balik ke rumah, malam rehat, kemudian tidur. esoknya bangun dan bermula semula rutin harian.


masuk semester dua, abang semakin malas buat kerja rumah dan assignment di rumah. abang siapkan di universiti saja. senang. tak perlu tangguh. banyak orang boleh tanya jika tak faham. kadang kadang balik hari sudah gelap. tapi seronok. duduk rumah bosan. paling kurang di universiti, abang dapat ke masjid sumsa, abang boleh rehat minum kopi di bilik kopi. abang dapat kenal orang baru setiap hari.


minggu depan insyaAllah akan ke Edinburgh. ada perlawanan bola 5-a side. rakan rakan edinburgh anjurkan. ini semua kerja leman la nih. rasa nya dia bertanggungjawab urusan sukan di sana. glasgow akan hantar dua team. team cicak kobeng dan team tupai terbang. nama cantik bukan? sirius dalam kelakar. kekuatan dalam kegagahan. kehebatan dalam jenaka. target kami dua kumpulan ini akan bertemu untuk final. kami telah berlatih beberapa minggu. sejak tahun lepas. moga menang.


di berita london turun salji. belah selatan bersalji. setiap tempat kaki abang jejak tentu perkara berlaku. ketika di nagasaki, sudah lama tak bersalji, bila kita tinggal, salji turun. di sini, selalu turun salji, bila abang sampai, tahun ini tidak bersalji pula. mungkin global warming. kesan kesan nya agaknya. tapi sebagai seorang islam, kerpercayaan kita sudah tentu lebih besar dari itu. adakah ini tanda kiamat?


walau apa pun, hidup tetap perlu diteruskan. cuaca semakin hari semakin cerah. pagi pagi sudah kurang hujan. sejak awal semester abang pergu universiti berjalan. abang tak beli pas bulanan bas. abang dapat rasa kaki abang kuat. hehe.


setakat sini saja, sekian, terima kasih!

Friday, February 09, 2007

Jam 3 Pagi

kira kira jam 3 pagi abang terjaga. sejuk. tv masih tak tutup. tv yang letih tengok abang. abang tertidur di sofa, ruang tamu. abang bangun. sebelum tv ditutup, abang perhatikan juga rancangan apa. tajuknya "Aged 12, And Looking After the Family".

mengisahkan tentang sebuah keluarga yang ibu bapa mereka 90% buta. boleh melihat tapi amat susah. mahu baca suratkhabar pun, mata amat dekat dengan kertas. oleh yang demikian, rutin harian diuruskan oleh anak sulong dan kedua. bersyukurlah kita, hidup walau tak sempurna tapi tidak susah dan tiada kekurangan.

abang bangun. makan cornflakes. makan dua mangkuk. kenyang.

abang ke bilik. masuk bawah selimut. tidur.

tapi, seperti kerap kali berlaku, 'gangguan' tidur menimpa diri abang lagi. ini bukan kali pertama. sebelum ini, sudah banyak kali berlaku, dan agak kerap juga.

rasa seperti dapat lihat sekeliling. dapat lihat komputer masih menyala terang. dapat melihat buku buku. almari. siling. tapi mahu bergerak tak boleh. kadang kala, rasa nafas terhimpit. kadang kala nafas seperti biasa.

rasa seperti dirantai tidak boleh bergerak. cuba menjerit, tapi sekuat mana jeritan rasa bagai hanya kumat kamit saja. walau bagaimanapun, setiap kali mahu menjerit jeritan punyai 'Allah', atau azan atau kalimah kalimah suci terus, zas, macam dibalut, seperti tidak mengizinkan.

namun, tekniknya ialah, terus dan terus berusaha. usah mengaku kalah. kadang kadang agak lama, cuba dan cuba menjerit Allahuakbar! atau azan. memang susah. tapi akhirnya mesti dapat terjaga semula. bila terjaga, tidak boleh lalai. jika tidak akan terlelap dan gangguan akan terjadi semula.

syaitan agaknya. dulu seingat abang pertama kali berlaku ketika di jepun. tapi jarang jarang. kemudian ketika tinggal di gombak jarang jarang, tapi agak kerap berbanding seperti di jepun.

paling kerap berlaku di melawati. ketika di melawati selalunya, jika berlaku di bilik tidur, abang akan pindah tidur di sofa ruang tamu, kadang kadang masih tetap terasa. abang berpindah ke depan tv. jika masih berlaku, abang akan cari bilik asma(kalau asma tiada), atau mana mana bilik kosong.

kalau susah sangat, abang tak tidur. buka astro dan tonton bola sampai tertidur.

tapi sampai bila abang perlu lari? kalau berlaku lagi, takkan abang akan tidur di tandas? di dapur? sejuk tu..

sesiapa yang membaca ini, jika terkena, bolehlah minta kaunseling dari abang. hehe. pakar. abang teringat umi pernah kata baca 3 qul, dan ayat kursi.

abang tadah tangan. abang baca 3 qul, abang baca ayat kursi. abang tiup di tapak tangan. abang sapu muka. tangan hingga ke siku. kepala, dan tanpa melepaskan tangan, abang sapu turun ke badan, ke peha dan seterusnya ke kaki. pernah juga teringat ustaz arwani pernah ajar teknik begini jika hendak bangun pagi tepat pada masanya. cuma, sebelum prosedur dilakukan, niat dalam hati, jam berapa bercadang untuk bangun dan insyaAllah, selalunya akan bangun.

setakat ini, bila terjadi gangguan abang buat begitu. dan setakat ini, selepas itu, Alhamdulillah, sejahtera. gangguan tak terjadi lagi.

kepada umar, yang selalu juga kena gangguan yang sama, amal amalkanlah.. selalunya, dari pandangan orang yang masih terjaga, orang yang dalam gangguan ini seperti mengigau. cakap ntah apa apa. oleh yang demikian, usah digelak kawan yang mengigau, seksa sebenarnya.. kejutlah mereka dengan lembut dan bijaksana.

adakah ia gangguan syaitan?
atau hanya stress dan fikiran masih tidak mahu rehat, tapi jasad sudah bersedia untuk tidur yang demikian roh cuba keluar tapi dihalang oleh minda yang masih aktif?

sekian, terima kasih.

Monday, February 05, 2007

alhamdulillah

abang baru pulang dari strathclyde accomodation. abang pergi bilik kawan kawan abang. mereka ajak abang ke sana untuk mejamu selera. awalnya mereka kata makan tengahari. tapi bila abang sampai tengahari tadi, rupanya baru nak masak. terpaksalah menolong.

tanpa berlengah, antara hidangannya:
  1. ikan sweet sour
  2. sotong goreng tepung
  3. ketam sebesar, lebih besar dari tapak tangan abang
  4. tiram
  5. cucur udang(awalnya nak buat macam tempura, tapi akhirnya jadi cucur saja
  6. ikan stim
  7. siput(ntah, abang tak tahu namanya)
  8. nasi goreng
  9. roti pita oven
  10. sambal tempe
  11. dan beberapa lagi hidangan seafood yang abang tak ingat dah.

di student accomodation, satu tingkat ada beberapa bilik di mana mereka akan berkongsi satu dapur. setiap bilik ada tandas masing masing. dapurnya bercantum sekali dengan ruang makan.

jadi, abang sampai dapur kira kira jam 1 petang. dan dalam jam 5.30 baru kami dapat makan.

setiba di dapur abang dikerah untuk sapu roti pita dengan minyak zaitun(bukan minyak zaitun yang selalu umi atau tok beli untuk rambut tu..). kemudian sedikit garam ditabur dan kemudian ditabur sedikit daun daun herba.

siap! abang panaskan oven. abang tunggu 10 minit. kemudian abang masukkan roti pita abang dengan bangganya. puas rasanya dapat menolong. seronok.

tapi selepas saja pintu oven ditutup, kedengaran nama abang dipanggil noris dan tugas seterusnya diberi. kali ini abang bertaggungjawab untuk menggoreng daun kari, sebagai antara bahan untuk masakan ketam. abang goreng. goreng dan menggoreng. selesai. sekali lagi abang puas. seronok rupanya memasak. lebih lebih lagi masak ramai ramai.

tidak sempat berehat, kuali panas terpaksa berkerja lagi. kali ini goreng bawang sehingga warnanya separuh emas. tanpa berlengah abang masukkan bawang. sedikit demi sedikit. abang tak tahu bawang yang telah digoreng untuk apa. yang abang tahu master chef telah beri arahan untuk goreng bawang. tak lama abang goreng, tiba tiba fairuz tolak abang, cepat cepat dia buka pintu oven.

puh! dapur berasap. cepat cepat tingkap dibuka. semua terbatuk batuk. dalam keriangan menolong, tiba tiba semangat memasak abang menjunam. roti pita abang hitam. amat hitam. sungguh hitam. haha. semua orang terdiam. hanya memerhati hakikat nasib roti pita.

zas, tiba tiba semua yang ada tergelak serentak, sungguh malang. abang kemudian tak sentuh perkara perkara panas lagi. abang terpaksa kikis kerak kerak hitam roti pita tadi. abang tukar shif. selepas itu, abang hanya buat kerja kerja sampingan seperti potong bawang dan sebagainya.

tapi tak lama selepas itu, kesilapan sama berlaku, memang hari yang malang bagi roti pita. dan buat abang, hari yang paling banyak roti pita abang kikis kerak hitamnya.

selesai memasak, ruang makan dan dapur dikemas. abang cuci pinggan pinggan terakhir. meja dan kerusi disusun. sekali pandang, jag penuh dengan air sejuk bercampur pic dan nenas, dan ais terapung apungan sungguh menangkap perhatian. di meja pula, tiram, ketam, ikan ikan dengan pelbagai jenis masakan, sotong, udang, sungguh menggiurkan. fairuz kemudian mengajak rakan rakan dari bilik lain. ye lah, sudah guna dapur mereka, takkan pula mahu makan sesama kita saja ya?

antara yang datang ialah faisal, dari india, hassan dari palestin, abdul salam dari libya, dan seorang lagi, dari jordan, namanya tak silap abang, samar, sahar, sarah.. eh, abang lupa pula. tapi namanya mula dari 's'.

kami makan dan makan. makan dan makan. masakan laut bukanlah masakan arab, jadi mereka amat suka. sedap kata mereka.

abang cuba tiram. besar tiramnya. tak masak. fresh dari pasar, kopek, letak tabasco, sedikit thousand island, lemon, dan makan. abang tak pernah makan tiram. abang tak tahu rasanya bagaimana. ramai kata sedap. abang juga mahu cuba. rasanya sangat lembut. macam jeli tapi lembut lagi. cair cair. setelah masuk dalam mulut, abang tahu, tiram tak sesuai dengan tekak abang. tapi sudah dalam mulut. takkan pula nak dikeluarkan sedang orang lain masih selera makan? jadi dengan rasa terpaksa abang telan. perlahan lahan, lendir tiram tadi bergerak, lalu di pangkal lidah dan seterusnya ke anak tekak dan jatuh ke perut. fuh, lega. sampai terkeluar air mata.

janji abang takkan makan tiram mentah lagi. hendak telan pil ubat pun seksa bagi abang inikan pula tiram yang lembut dan berlendir. abang tak benci, cuma tak suka. kalau ada sesiapa suka, alhamdulillah.. ciptaan tuhan.

hari telah gelap, abang bangun hendak mengundurkan diri. berangkat pulang. makanan masih banyak lagi terhidang di atas meja. jadi, seekor ikan makerel grill telah abang bawa pulang. fuh, tak perlu masak esok. lega.

abang pulang dengan hati girang, penuh riang, perut besar, mata semakin kecil. namun begitu, sempat abang buka blog, dan rasa mahu berkongsi hari abang hari ini.

sekian terima kasih.


My Stats