Thursday, November 23, 2006

Sebelum ke Sekolah


sebelum ke universiti abang makan nasi.

hari ini abang ade peperiksaan matematik bahagian ke-dua. bahagian pertama abang cemerlang.

alhamdulillah, mesti abi, umi, abang umar, abang zaid, asma doakan.

abang juga sentiasa doa keluarga di malaysia.

sekian, terima kasih.

Kapal Kertas?

Tuesday, November 21, 2006

Payung 5 Hari

hari khamis yang lalu, abang beli sekaki payung. payung tersebut sangat cantik. payung tersebut banyak warna. coraknya sungguh menawan.

namun malang sekali, payung tersebut lembik. payung tersebut lemah terhadap angin yang kuat. abang pakai payung tersebut beberapa kali saja. tapi besi payung tersebut sudah bengkok.

pagi tadi sewaktu abang ke universiti, hujan tak lebat. tapi angin kencang. payung tersebut bengkok. bengkok dengan teruk sekali. abang marah. abang marah payung tersebut. abang buang payung tersebut. abang caci padanya. abang paksa payung tersebut masuk dalam tong sampah. geram melihat payung tersebut.

selepas abang buang payung tersebut, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. agaknya payung tersebut marah juga pada abang dan berdoa pada tuhan supaya beri pengajaran pada abang. baju abang basah. abang berlindung di bawah satu flat.

seorang pakcik yang memerhati abang sejak awal lagi dari jauh, gelak menyindir. kami sama sama berlindung di bawah flat. mungkin dalam hatinya, "glasgow tak layak pakai payung. angin kuat. bazir saja beli. budak ini mesti baru di sini. haha."

sekian terima kasih.

buat adik ku, umar.
hari ini spm bermula bukan? buat yang terbaik. jangan periksa pun mahu ponteng. spm bukanlah periksa yang terakhir. tapi permulaan bagi alam dewasa dari alam kanak-kanak sekolah kerja mahu main saja.

belajar bukan untuk periksa. bukan untuk kerja di masa hadapan kelak. tapi untuk kehidupan yang akan datang.

oleh yang demikian, fikirlah apa yang diminati dan bekerja dan belajarlah sekuat kuatnya.

jika di kehidupan akan datang kelak, umar minat grafik komputer, maka mula dari sekarang, fikir dan kutip sebanyak mungkin bahan bahan berkaitan.

jika di kehidupan akan datang kelak, umar minat main, maka mula dari sekarang, fikir dan kutip sebanyak mungkin bahan mainan. siapa kata main perkara main main? mengaturcara aktiviti permainan (games event management) satu cabang mainan. mengkaji mainan untuk peringkat umur. mainan yang selamat. mainan realiti tv. mainan air. mainan darat. iklan mainan. bahan mainan.

jika di kehidupan akan datang kelak, umar minat alat ganti motorsikal, maka mulai sekarang, fikir dan kutip sebanyak mungkin alat ganti motorsikal. kaji. belajar.

mulai sekarang tetapkan cita cita. fokus. dan bersungguh sungguh. sesungguhnya semua cita cita pasti akan tercapai. namun persoalannya, sama ada cepat atau lambat.

jika mahu cepat, mahu tidak mahu, mesti masuk kolej atau universiti.

jadi, terpulang pada umar. umur 17 tahun adalah umur keramat. jika sudah ada cita cita tetap dan keyakinan pada umur ini, insyaAllah tak susah untuk kejar impian tersebut.

jadi mulai sekarang, tetapkan cita cita dan teguhkan keyakinan. fokus dan berusaha ke arah cita cita tersebut.

sentiasa jaga solat dan hubungan dengan Allah. kita berusaha, Allah yang menentukan segalanya.

sekian terima kasih sekali lagi.

Gambar

Nottingham Games 2006












Sekitar Rumah




Sunday, November 12, 2006

Inter-Scottish 11-A Side

semalam abang pergi Edinburgh. main bola. Inter-Scottish 11-A Side Friendly Tournerment yang telah diadakan oleh rakan-rakan di Edinburgh.

terdapat 4 pasukan. pasukan dari Edinburg, Glasgow, Dundee dan pasukan bekas pelajar pelajar kolej mara seremban.

walaupun, pasukan kami tidak dapat untuk memenangi tempat pertama, namum, tiada gol dapat disumbatkan ke dalam gawang kami. namun begitu, tiada juga gol yang dapat kami jaringkan.

pasukan kami seri untuk ketiga tiga perlawanan.

inilah kali pertama abang main bola dalam cuaca yang sejuk. walaupun abang banyak berlari, namun tidak berpeluh.

sementara menunggu giliran pasukan abang untuk beraksi, kami hanya menunggu di tepi padang melihat pasukan lain beraksi. apabila angin sejuk bertiup, terasa amat sejuk sekali. kalau bermain, dapat panaskan badan kerana banyak berlari.

sekain, terima kasih.

Saturday, November 04, 2006

Hari Sejuk

hari ini sejuk. pagi tadi sungguh sejuk. abang tak tidur malam tadi. sebab semalam abang tidur selepas maghrib. kemudian abang terbangun jam 12.00 malam. sampai subuh abang tak dapat tidur.

abang siapkan semua kerja rumah. kerja rumah sudah siap. abang tak tahu nak buat apa. abang mati kutu. akhirnya abang main Gunbound.

tapi ditakdirkan, server Gunbound tiba tiba tidak dapat diakses. pihak Gunbound suruh abang baca buku lagi. abang akur. abang buka SHIP KNOWLEDGE, A MODERN ENCYCLOPEDIA pemberian abi. menarik. abang baca satu demi satu. dulu baca tak faham. tapi bila sudah belajar di universiti, lebih mudah untuk kaitkan sedikit demi sedikit. sedikit demi sedikit buku tersebut bertambah menarik. abang seronok.

sedar tak sedar hampir subuh. masuk subuh, abang ambil air sembahyang dan terus solat subuh. sekarang subuh pukul 5.16 pagi.

tanpa disuruh, kepala abang pandai mencari bantal. abang tertidur.

sinaran cahaya matahari pagi mencungkil kelopak mata abang. abang lihat jam. 8.30 pagi. kelas abang jam 9.00 pagi. abang segera kemas buku, salin baju, terus pergi universiti. abang tak mandi. abang malas mandi. air sejuk. gosok gigi pon abang tak sempat.

8.45 pagi abang bergegas keluar rumah. abang tak lari. abang cool. abang jalan laju. macam umi jalan. tapi abang jalan pagi tadi lagi laju dari umi jalan. lagi laju dari umi jalan walaupun di titiwangsa. mesti umi kalah dengan abang.

sedang jalan laju, abang tiba tiba tersenyum sendirian. macam orang gila. abang teringat ketika di jepun, selalu lambat pergi sekolah. kadang kadang terpaksa lari. naik bukit. turun bukit.

bezanya di sini, tiada bukit seperti di nagasaki. di sini rata. di sini jalan seroang. di nagasaki ada jinno. otakara. shen. wah, abang rindu mereka.

alhamdulillah, pagi tadi abang buat rekod. 10 minit saja abang sudah sampai universiti. tapi abang berpeluh. abang tak terus masuk kelas. abang lepak di luar bangunan. bukan panaskan badan. abang sejukkan badan. kalau berpeluh masuk kelas mesti busuk. dalam kelas pasang heater. tentu lebih lama untuk peluh abang hilang.

itu saja, sekian terima kasih.

Kereta Idaman



setiap hari abang ke universiti abang akan lalu kedai jual teksi. gambar ini abang ambil beberapa hari lepas. kereta ini mahu dijual!

kebanyakan orang balik dari luar negara, bawa pulang mercedes. bmw. tapi abang nak bawa pulang london taxi.

kalau dibandingkan dengan kereta kereta lain, rasanya london taxi lagi kuat. besi lagi berat. dan kelasakannya telah teruji sejak puluhan tahun yang lalu. dan kini masih digunakan. masih dikilangkan. masih ada kereta baru.

kalau dibandingkan dalamannya pula, london taxi lebih luas. ada kerusi lipat. buat orang cacat, satu kerusi roda yang telah dilipat masih boleh dimasukkan di ruang tempat duduk dan masih ada ruang buat penumpang.

tuntasnya, london taxi lawa bagi abang. ada seni di sebalik kereta tersebut. kalaulah abang bawa pulang dan guna pakai di malaysia, tentu menarik bukan? membuat semua menoleh pabila kereta abang satu dalam seribu di kuala lumpur berlegar menyusur kota.

sekian terima kasih.

Thursday, November 02, 2006

NA-ME

 
depan naval architecture-marine engineering building.

petang tadi abang cuba upload gambar ke blogger, tapi kerap kali error saja. selepas itu, abang download dan guna picasa untuk upload gambar ini.

gambar ini diambil pada tengahari 1 november 2006. inilah gambar terbaru abang. sebelah abang sebenarnya ada satu anchor besar. abang tak zip baju abang sebab abang baru lepas jalan dari bank. walaupun sejuk, abang berpeluh. panas.

abang nampak kurus bukan? masakan tidak, setiap hari makan masakan sendiri selepas selama 18 tahun makan masakan umi saja. (masak sendiri tak sedap. makan hanya untuk kenyang saja). masakan umi bukan hanya untuk kenyang, tapi ekstra kenyang.

sekian, terima kasih. Posted by Picasa

Wednesday, November 01, 2006

Tak Tahu

tangan abang gatal. ntah mengapa abang rasa nak tulis lagi. tapi abang tak pasti apa yang abang mahu tulis. tangan abang tetap gatal.

umi, buat pengetahuan umi, anak umi, abang, hampir setiap hari makan coklat. sarapan makan coklat. tengahari makan coklat. malam pun makan coklat. coklat sedap.

abi, buat pengetahun abi, anak abi, abang, hampir setiap hari makan keropok. sarapan makan keropok. tengahari makan keropok. malam pun makan keropok. keropok sedap.

di sini, terdapat satu golongan di mana orang islam boleh makan makanan mereka. makanan mereka halal. golongan tersebut adalah golongan herbivor. mereka makan sayur.

makanan di sini semuanya dilabel dengan rapi. segala kandungan dicetak. jika sesuatu makanan itu sesuai untuk vegeterian, terdapat simbol "V".

di tesco, banyak makanan, "V". abang suka pergi tesco. tesco dekat dengan rumah abang. banyak makanan abang beli di tesco. abang beli coklat dan keropok bungkus besar. untuk bekalan seminggu.

walaupun abang banyak makan coklat dan keropok, abang juga beli ikan, sayur, dan buah buahan di tesco.

di rumah, abang masak sendiri. abang masak ikan goreng. telur goreng. nasi goreng. dan macam macam lagi. dapur di sini guna elektrik. sewaktu kali pertama menggunakannya, ia sungguh ganjil buat abang. dapur tersebut tak rumit, tapi ganjil.

tapi abang seorang yang cepat mahir menggunakan sesuatu. sekejap saja abang sudah mahir menggunakan dapur tersebut. kini, sudah bermacam macam lauk abang masak. semuanya abang goreng saja. kemudian makan dengan kicap. kalau abang rajin, abang buat sambalnya.

abang juga beli susu. setiap hari abang minum susu. alhamdulillah, sebab itu mungkin gigi abang kuat. otak abang cerdas.

di universiti, abang makan bekal yang abang bawa. abang selalu bawa satu buah dan satu coklat. walaupun makan buah dan coklat, perut abang sudah kenyang. abang pun pelik. tapi kadang kadang abang beli roti pasir(sandwich). sekarang maghrib awal. maka, abang makan malam pun awal.

abi umi ada bertanyakan tentang duit abang di sini. alhamdulillah masih cukup. abang sudah asing dan bahagikan mengikut keperluan. sewa, api, dan bil lain abang sudah bayar untuk dua bulan.

selama empat minggu abang telah pergi ke universiti dengan bas. hari sabtu lepas, tiket bulanan bas abang tamat. abang sudah tak mahu beli tiket bulanan lagi. setiap hari abang ke universiti jalan kaki. jalan kaki seronok. 20 minit saja.

dulu, abang beli tiket bulanan sebab bulan ramadhan abang selalu pergi central mosque. mahu cepat. tapi sekarang, rasanya tidak perlu. destinasi liputan abang, sekarang dalam lingkuan jalan kaki saja. universiti, city centre, tesco.

justeru itu, abang tak perlu bersenam seperti yang umi mahu abang buat. sebab abang setiap hari jalan kaki ke universiti dan balik. setiap hari berpeluh.

setakat sini saja, terima kaish.

Gigi Kuat

ketika di melawati, abang sakit gigi. pergi klinik gigi. rupa rupanya abang ada dua gigi berlubang. satu teruk. satu separuh teruk. gigi yang separuh teruk doktor tampal kekal. gigi yang teruk doktor tampal tak kekal.

kata doktor datang semula klinik minggu seterusnya. jika gigi yang berlubang teruk masih sakit, gigi tersebut akan dicabut. tapi jika tidak sakit, tampalan tak kekal harus diganti dengan tampalan kekal.

tapi kini, gigi tersebut masih tak terasa sakit. gigi abang kuat. gusi abang kuat. harap harap gigi abang akan sihat.

abang takut jumpa doktor gigi.

asma, abang tak hantar hantar lagi poskad asma. abang pun tak tahu kenapa abang tak hantar hantar lagi.

Kata Ganti Diri

blog ini akan menggunakan kata ganti diri abang sebab dalam keluarga memang abang dipanggil abang. lahir lahir saja, abang tahu nama abang abang. tok panggil abang abang. nenek panggil abang abang. umi panggl abang abang. abi panggil abang abang. pakcik, makcik, semua panggil abang abang. bila dapat adik, jadi abang. adik adik panggil abang abang.

setelah dewasa, abang berjanggut. ke gerai, pelayan panggil abang abang. ke pasar malam, pakcik tua juga panggil abang abang. ke mana saja abang pergi, orang panggil abang abang. jadi mengapa tidak jika abang menulis, abang guna abang. kelak bila beristeri, akan juga dipanggil abang..

abang adalah abang dan selama-lamanya digelar abang.

oleh yang demikian, penggunaan kata ganti diri abang secara tidak langsung telah memberi gambaran untuk siapa blog ini dipersembahkan-buat mereka yang kenal abang abang.

blog ini bahasa malaysia sepenuhnya dan abang akan cuba menulis dalam blog ini, dengan bahasa malaysia yang betul. ini supaya asma boleh baca. apatah lagi umar dan zaid.

insyaAllah, blog ini akan diselenggara hari demi hari.

terima kasih.


My Stats