Friday, March 30, 2007

dr suki lee.

abang pergi jumpa dr bs lee tadi. masuk pejabatnya. abang tanya jika keputusan peperiksaan akan dihantar ke malaysia. tak. pihak universiti hanya tunjuk keputusan melalui Pegasus. tapi sekiranya diminta, mereka boleh hantar. abang tinggalkan nama, alamat rumah pada dr bs lee.

dr bs lee kata universiti strathclyde menerima dalam 13 permohonan dari pelajar taylors college untuk tahun pembelajaran berikutnya. pelejar tajaan misc. lantas dia terus print alamat cik ramlah bahagian misc bagi pada abang karana tahu abang bercadang untuk mohon scholarship.

abang kirim salam abi padanya. abang tanya jika dia masih ingat abi. sudah tentu katanya. dia masih ingat abi buat msc di strathclyde. dia juga kirim salam kembali untuk abi.

hari ini hari terakhir sebelum cuti easter. cuti dua minggu. kemudian sambung beberapa minggu belajar dan ulangkaji dan kemudian peperiksaan akhir. kemudian cuti panjang.

oh, ada kelas. selamat tinggal.

sekian terima kasih.

Wednesday, March 28, 2007

Conseil de Physique Solvay

Conseil de Physique Solvay
Hotel Metropole, Bruxelles, 1911


Diskusi jamaah ilmuwan fizik di Hotel Metropole, Bruxelles pada 1911. Masih saya tidak boleh lupa antara yang hadir ialah Einstein, Rutherford, Marie Curie, M De Broglie dan tentunya rakan baik saya Planck.

Segalanya masih segar dalam ingatan.

Sunday, March 25, 2007

FLIP



sesuatu yang baru bagi abang.

1001 perspektif

Piala Perantau Manchester. Team Scotland.


Sekitar Strathclyde University.


Royal Infirmary.


Hospital Royal.


Para pelajar berkumpul di luar bangunan kerana loceng kecemasan berbunyi.


Bangunan Royal College adalah antara bangunan pertama University Strathclyde. Reka bentuknya masih mengikut reka bentuk asal ala viktoria. Reka bentuk viktoria kurang menampilkan keselamatan kebakaran. Oleh yang demikian alat alat pengesan kebakaran di bangunan ini sungguh sensitif. Setiap hari isnin, alat pengesan diuji. Tepat jam 9.30 pagi seluruh bangunan berbunyi siren selama beberapa minit. Bangunan Royal College ini menempatkan pelbagai department seperti manufacturing, mechanical, dan yang paling bahaya, kimia.

Monday, March 19, 2007

Dalam Hati

segala perbualan adalah dalam hati.

abang: abang nak suap sendiri.
abi: hish, nanti terlanggar semua lauk.

abang cuba bangun. abi cubit sikit. sambil menjeling dan memegang lutut tanda abi cuba berbaik semula selepas abang tarik bibir. abi gosok gosok lutut abang di mana tempat kena cubit.

tok: tak elok cakap depan makanan.

hehe. tak habis lagi abang gelak dan tersenyum sendirian, bila abang cuba bayangkan semula situasi di atas.

abang rindu abi marah. abang suka abi marah. hehe.

abang rindu makan semeja dengan tok. abang rindu masakan nenek.

sekian, terima kasih.
(terima kasih zaid sebab send pada abang)

Terima Kasih

sudah agak lama abang tak tulis di sini. hari biasa banyak kerja rumah yang perlu disiapkan. ujian yang perlu dihadapi. latihan dan macam macam lagi. hari minggu pula, sejak tiga minggu lepas, asyik main bola, dari edinburgh super cup, piala perantau dan sheffield games. minggu ini ada warwick games, tapi abang tak pergi. malas. letih juga kalau setiap minggu main bola. pemain bola professional pon tak main setiap minggu kan? kena juga berehat. hehe.

abang baru pulang dari tesco. dapat brahim kuah satay, brahim sambal ikan bilis, brahim er, brahim apa lagi ye? sat abang pergi tengok balik.
  1. satu brahim kuah satay
  2. satu brahim rendang daging lembu
  3. dua brahim serunding daging
  4. satu brahim rendang daging ayam
  5. satu brahim sambal ikan bilis
  6. dan empat perencah nasi goreng kampung

hari rabu yang lepas, ketika abang nyenyak tidur petang, setelah pulang dari kelas abang terima panggilan telefon. jarang jarang sekali telefon abang berbunyi. abang ingatkan mungkin khai, atau abang haizal call, ajak main bola sabtu ini. tapi suara di hujung talian suara perempuan. oh, mrs stuart rupanya. isteri kawan abi. dia tanya khabar. tanya bagaimana pelajaran, dan beritahu dia baru pulang dari malaysia beberapa minggu lepas, dan abi ada kirim beberapa makanan. dia tanya bila abang free, dan abang kata hujung minggu ok. disebabkan sabtu rangers ada match, so hari ini abang jumpa nya di tesco. minum kopi, dan berborak borak.

oh, rupanya anaknya satu tahun muda dari abang, dan bila ada masa bolehlah ke rumahnya dan berkenalan dengan anaknya.

cuaca hari ini sungguh ini bertukar tukar. dalam beberapa minit hujan, kemudian terang bersinar sinar, tak lama selepas itu sikit salji, dan sekejap saja terang balik. haih, boleh pening dibuatnya. ramalan cuaca esok kata esok mungkin salji teruk dan siap dengan jaket yang lebih tebal. tapi ramalan cuaca kadang kadang tak tepat. jarang betul pon. minggu ini boleh ke kelas dengan lengan pendek minggu depan kena bersiap dengan jaket tebal. sungguh tidak boleh diramal cuaca di sini.

tapi tak apa, cuaca berubah ubah pon, abang kuat. hehe. setiap hari makan vitamin. insyaAllah tak mudah selsema, batuk dan demam. tambahan pula baru dapat brahim dari abi dan umi, terima kasih. rasanya boleh tahan sampai mei brahim ini. eh, mungkin tidak. eh mungkin ya. abang pon tak tahu. tak pasti. kebelakangan ini, sekejap sekejap lapar. dan orang tua kata, kalau lapar makan nasi. jadi abang makan nasilah. sekarang, bila cubit cubit perut dapat rasa lemak tambah beberapa mm. haha.

umar baru habis spm, dan zaid tahun ini pmr kan? asma upsr? kan? abang rasa lah. dan lagu pesan abang - sudirman tu abang rasa sesuai sangat. hehe. kalau abang tulis panjang panjang pon, macam ceramah saja. bosan. lagu sudirman tu pendek pendek saja tapi bermakna. sedar tak sedar sekarang sudah mac. macam itu la nanti bila tiba sebulan lagi peperiksaan pmr atau upsr. sekejap saja. oleh yang demikian, mula belajar dari sekarang. setakat pmr dan upsr tu celah jari umi dan abi saja. tak tahu tanya. jangan biarkan masalah berpanjangan.

buat umar, abang sentiasa doakan yang terbaik. ada masa main dan ada masa sirius. walauapa pun yang akan dilalui nanti, kena sirius. bukan umar lemah pon. nak diikutkan cara umar fikir lagi kreatif dari abang. lagi pusing dari abang. cuma kena letakkan cara fikir itu dalam apa yang umar minat, dan sirius. ok?

apa lagi nak cerita ya? ok setakat itu saja dari hudzaifah, melaporkan dari tingkat 12, sighthill, glasgoo. haha.

sekian, terima kasih.

(asma asyik suruh abang saja tulis, bila boleh abang pula baca apa yang asma tulis?)

Saturday, March 17, 2007

Pesan Abang - Sudirman


Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramai kan tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya
Kepada yang Esa

Bila adik telah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di hati sematkan pesanan
Ingat abang tetap sayang



abang tetap sayang~ hehe.

Thursday, March 01, 2007

esc gambar





beberapa keratan gambar yang baru dicuci.


My Stats