Friday, December 15, 2006

update

"kami di cameron highland. sejuk macam di glasgow waktu summer tapi boleh lagi pakai t shirt. selamat bercuti. jika ada terms naval architecture yang tak faham, tanya abi. selamat buat assignment."

sms yang bau saja diterima. begitu pantas nya dunia sekarang. tak sampai satu jam abang tulis, abi sudah hantar sms. maaf abi, abang tak dapat reply. abang tak ada kredit. bukan tak mahu tambah nilai. tapi abang tak guna.

di sini, tiada had limit. rasa nya kalau tak tambah nilai sampai tahun depan, masih lagi boleh terima panggilan.

abang pernah bercadang untuk daftar pakej kontrak bulanan selama 12 bulan. dalam £ 15 sebulan, free handphone canggih, dan kredit bual beberapa jam dan puluhan sms. ada pakej yang menawarkan puluhan jam dan ratusan sms.

tapi abang tak menggunakan handphone dengan begitu kerap. £5 kredit boleh bertahan 1 bulan. atau mungkin lebih. selalunya lebih.

jadi mengapa perlu abang daftar untuk kontrak 12 bulan. ini semua tipu daya syaitan. ya, betul abang akan dapat handphone canggih, tapi abang tak guna ber jam jam masa berbual. abang tak hantar sms berpuluh puluh.

komunikasi yang selalu digunakan di sini ialah melalui email. senang. murah. cepat.

sekian terima kasih. selamat bercuti abi umi umar zaid asma.

jangan gaduh gaduh.
jangan marah marah.

ya allah, nampak sangat keluarga panas baran, sampai tertulis di sini.
hehe

Shakir Tahir

beberapa minggu yang lepas shakir tahir, kawan lama abang ketika di sekolah rendah dan menengah telefon.

"amboi, datang tempat aku tak contact aku pon." kata shakir.

"nak buat macam mana. aku tak tau no. hang." kata abang.

shakir kini tinggal di luton. datuk nya orang puteh. begitu juga ayah nya. atau emak nya. abang tak pasti. jadi, selepas spm, dia pulang ke uk.

sama seperti aamir. kasihan. aamir lagi kasihan. kini tak boleh ke singapore langsung. mahu elak national service. jadi kini dia mengharapkan kerakyatan malaysia nya lulus cepat dan dapat passport malaysia. selagi itu, dia tak dapat ke luar negara.

shakir mempelawa abang ke rumah nya untuk cuti kali ini. seronok juga rasa bertemu kawan lama. kawan se'nakal' se'jahat' dari sekolah.

abang kemudian merenung jauh berfikir. kalau abang duduk rumah shakir seminggu, abang tak perlu masak. bahkan, mesti makanan sedap sedap. haha (gelak jahat).

lagi satu perkara yang abang fikir, kalau abang ke sana, abang boleh naik kapal terbang. abang pun tak tahu kenapa. tapi abang suka nak kapal terbang.

tambang bas dari glasgow ke luton dalam £ 60. begitu juga tambang kapal terbang. malah lebih murah dari itu.

pergi atau tidak. pergi. tidak. pergi. tidak.

jika umi abi umar zaid asma pulang dari perutian nanti comment ya.

anakanda yang keliru.

sekian terima kasih.
alamak, sudah 11.24 malam, dan tak mula lagi report yang perlu dihantar esok.

cheerio~
seronok pula tulis setelah lama tak menulis.

Layout Baru

abang bosan. bukan. abang tak bosan. abang cuma geram. geram sebab sudah lama abang tak mencipta dan mereka website. ya, abang ketagih.

tak salah kalau dikatakan abang ketagih dengan pengaturcaraan komputer. minat yang timbul sejak berumur 14 tahun ketika berada di nagasaki, jepun hingga kini sukar dikikis. malah kini, ia satu imbuhan.

CADAP, singkatan bagi COMPUTER AIDED DRAUGHTING & PROGRAMMING merupakan salah satu subjek yang abang pelajari. dalam kelas ini, abang belajar bahasa pengaturcaraan bagi jurutera, iaitu MATLAB. oleh kerana asas yang mendalam dalam pengaturcaraan, kelas ini amat mudah bagi abang.

namun, abang kena berhati hati, ini baru semester 1. semester 1 memang senang. semua senang. tunggu dan lihat semester ke-2. silap. abang tak mahu tunggu dan lihat. abang mahu siap sedia, kemudian baru tunggu dan lihat.

umar,
umar ada hasrat mahu menymbung pelajaran dalam bidang grafik ya? dan tentu sekali sebagai abang, abang yakin 90% umar mahu buat IT graphic design. dan sudah tentu bidang ini, memerlukan kepakaran untuk menghasilkan website. abang cabar umar untuk buat website atau blog keluarga. tak main template blogger. abang cabar umar untuk belajar css dan html. buat permulaan hanya perlu guna "copy paste try" teknik saja. banyak layout percuma di sini free layouts.

zaid,
abang juga mencabar zaid, bantu abang umar. kalau abang umar tak mahu buat. zaid buat seorang seorang. html zaid tahu sikit sikit. belajar css pula. percaya lah. masa depan web design adalah css dan xml. semua ini tak susah. di rumah, internet 24 jam. dan yang paling penting, zaman sekolah merupakan zaman remaja baru nak menerokai internet. zaid boleh belagak sebab zaid boleh buat macam perkara kreatif dan menarik.

zaid baru tingkatan dua. tingkatan tiga nanti banyak program yang zaid boleh sertai di sekolah. antaranya, zaid boleh sumbang pada multimedia andalus, majlis perpisahan form 5. dan banyak lagi.

asma,
asma kena tolong abang umar. asma suka tulis. karangan asma bagus bagus. setiap hari asma kena tulis supaya abang boleh baca. abang tak kisah walaupun asma tulis sikit. bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit. melentur buluh biar dari rebungnya. dalam masa yang sama asma boleh belajar dan berlatih tulis karangan untuk menghadapi UPSR. jika kawan kawan penat buat latihan asma boleh belagak. dan dalam masa yang sama asma mesti ajar kawan yang lemah.

cikgu cikgu mesti sayang asma, dan asma boleh jadi pengawas.

ini gambar yang abang baru ambil,


rambut abang sudah panjang. sudah hampir 13 minggu (12 minggu di glasgow dan 1 minggu di kl), abang tak potong rambut. kadang kadang rambut abang berbau masam. sudah berbau masam, kadang kadang abang ke universiti tak mandi. astaghfirullah.

beberapa gambar lagi,


satu saja sebenarnya, bukan beberapa.
sekian terima kasih.

Lagi Satu Hari

tika abang menulis, jarum jam tepat 10.02 malam waktu tempatan. esok hari terakhir menandakan sudah sampai ke penghujung semester 1. banyak kelas yang sudah tamat. hanya tinggal assignment yang perlu di hantar.

petang tadi, abang semak spider, antara salah satu pangkalan data universiti. alhamdulillah abang lulus cemerlang, gemilang terbilang tiga ujian matematik berturut berturut dan dikecualikan dari peperiksaan bulan januari. abang gembira. sungguh gembira. tetapi ini baru permulaan. walaupun cuti belum bermula, bahang semester ke-2 sudah terasa.

walaupun, semester 1 hampir menamatkan riwayat, namun terdapat beberapa subjek yang abang masih rasa tercungap cungap. antaranya introduction to naval architecture. masih banyak pembacaan yang perlu dilakukan. banyak istilah yang mesti diingat. hal ini penting supaya tak terpinga pinga ketika dalam kelas.

esok abang perlu jumpa mr varyani. kelas beliau merupakan salah satu kelas yang amat sukar. bukan kerana subjek yang diajar susah, tapi cara penyampaian beliau agak sukar difahami. assignment hari isnin akan abang semak dengan beliau esok. selama 4 hari 4 malam abang tak tidur lena memikirkan penyelesaian masalah yang diberi.

esok, sempena hari terakhir bagi semester 1, kemungkinan besar, server universiti akan ditutup juga. abang tak pasti. sesetengah kawan kata tutup. sesetengah kata separuh deparment saja. tapi tak mengapa. abang perlu muat turun data data ke dalam cakera keras mudah alih abang.

masih ada satu lagi assignment, energy and environment yang perlu disiapkan, dan perlu dihantar minggu hadapan.

"
Kami di pangkor, cuti lepas spm, esok ke cameron highland sebab paksu nazri bercuti di sana. abang ok? "


sms ini diterima pada 14 disember 2006. abang ok. abang sihat. cuma abang sibuk saja akhir akhir ini. terima kasih ingat juga pada abang walaupun tengah cuti seronok seronok.

selepas abang terima sms tersebut, terus abang cari di internet tentang percutian. malang tak berbau tapi tuah tak kenal siapa. abang terserempak dengan website ini, http://www.seat61.com/Malaysia.htm#to%20Singapore%20overland.
bagaimana cara untuk mengembara dari london ke singapura dengan keretapi.

wah wah wah. seronok bukan? terus, dari saat tersebut, kini, dalam hati abang, sudah tertanam cita cita untuk naik keretapi dari london-moscow-beijing-phnom penh-bangkok-kuala lumpur. ya. satu hari. satu hari kelak. jauh perjalanan luas pengetahuan.


My Stats