Thursday, May 22, 2008

Saja saja

Charles St - Montrose St: 1.4 kilometer. Basikal.

J12 - SMIAAG: 5 kilometer. Kereta.

Shiro Yama Dai - Midori ga Oka: 2 kilometer. Jalan.

 

Labels: , , , , ,

Sunday, May 18, 2008

Gunting Rambut

1) pakai headphone. pasang maximum volume.
2) tutup mata ya.



selamat potong rambut.

Labels: , , , , , ,

Friday, May 09, 2008

Knock Knock Knock



abang sedang tengok tv. berehat. minum kopi. makan roti disapu coklat. terbaring di atas sofa. hampir nak tidur.

knock knock knock.

pintu depan diketuk. eh, siapa pula datang. di luar bising. sudah spring. jam menunjukkan lapan setengah. masih cerah. cuaca sangat panas dua tiga hari belakang. dalam 22 darjah. zack dan hafiz ada di rumah. siapa agaknya?

abang intai dari lubang kecil pintu. dua tiga makcik di luar. seorang ketuk pintu rumah abang. lagi dua pintu jiran.

knock knock knock.

pintu kunci. 'hold on a second,' kata abang.

abang pergi ambil kunci dalam bilik. agak tergesa gesa abang nak buka pintu. tapi akhirnya pintu terbuka. kelihatan makcik tadi. tak tua sangat. tapi tua.

'we're collecting a wee bit collection for the mother of the murdered children, next block.' kata makcik dengan scottish pekat.

dua tiga juga abang tanya makcik tersebut. lekas abang masuk balik, cari duit. eh, abang tak ada cash. nasib baik zack ada rumah. 10 pound zack hulur. abang beri makcik tadi.

katanya kes tersebut keluar berita. dia suruh tengok berita malam ini. lama juga abang tak tengok berita. first paper minggu depan. sibuk sikit. abang masuk semula. buka komputer. search internet. royston memang terkenal. kes begini. mungkin bukan royston saja. mungkin juga glasgow. kalau ikut statistik, glasgow antara bandar top stabbing dalam europe. tikam.

BBC

dua tiga hari lalu, ada juga dengar kes gaduh gaduh depan library. strathclyde. tapi malam. orang lain cerita.

rabu lepas ada juga abang nampak bunga bunga letak di flat sebelah semasa abang pergi dentist. tampal tetap. dalam hati ketika itu sudah agak, mesti ada kes lagi.

sekian.

jika sentiasa kita ingat Allah, moga Allah lindung kita selalu.

Labels: , , ,

Sunday, May 04, 2008

Racing Day

Barshaw Park

pada 23 april 2008, bersamaan hari lahir umar yang ke-19? merupakan hari perlumbaan boat abang di barshaw park, berdekatan hawkhead. barshaw memang merupakan salah sebuah kolam reakrasi untuk penggemar hobi model remote control yacht.

pada hari tersebut, sebanyak 8 buah boat telah dibawa dari NA-ME depart, dari 8 kumpulan. kami semua sungguh bersemangat untuk berlumba.

Main Mast kami patah dua kali. Pertama-ketika construction, kedua-beberapa jam sebelum berlumba. Tapi dapat repair dengan menyumbat pen di dalam supaya lebih kukuh

Kumpulan kumpulan lain

tetapi pada hari tersebut, tiada angin. jadi susah untuk boat kami propel ke hadapan. kami berlatih beberapa jam mengawal boat yang kami langsung tak pernah main.

Boat kami jenis strathclyde 70. Kecil. Boat yang lebih besar milik pakcik pakcik penggemar hobi yang sedang bermain di situ untuk berlagak dengan kami

Controlling System


selepas beberapa jam menunggu dan berlatih, tiba saat untuk berlumba. route perlumbaan senang sahaja. terdapat dua buoy ball, kira kira 20 meter di antara kedua-duanya. setiap boat mesti mula dari pertengahan kemudian ke buoy ball 1, pusing, kemudian menuju ke buoy ball 2 dan seterusnya ke garisan penamat iaitu di pertengahan antara kedua-dua buoy ball tadi.

kumpulan abang tak dapat menghabiskan perlubaan.

walaubagaimanapun, kami semua tetap gembira, atas usaha kami selama ini membuat boat tersebut. kami semua (kump 8) bersependapat bahawa, jika beberapa pengubahsuaian dibuat, dan jika nasib baik ada angin kuat, maka kami boleh jadi juara.

pada 25 april 08, hull kump 8 telah dibawa ke towing tank department untuk melihat resistance. experiment telah dijalankan sebanyak 3 peringkat. pertama, melihat resistance force pada 0.8 m/s kemudian 1.0 m/s kemudian 1.2 m/s.

semua kumpulan telah membuat experiment tersebut dan hasil siasatan menunjukkan kumpulan 18 merupakan antara 3 kumpulan dari 8 kumpulan yang mempunyai resistance yang rendah.

NA-ME towing tank

sekian sahaja, saya melaporkan.
jumpa lagi.

Labels: , , , ,


My Stats